More

    Xiaomi Watch S4 dan Smart Band 9 Pro rasmi di Malaysia, bermula RM299

    Selain telefon dan tablet, Xiaomi baru-baru ini turut melancarkan dua peranti boleh pakai yang baharu iaitu Xiaomi Watch S4 dan Xiaomi Smart Band 9 Pro. Kedua-dua peranti ini mempunyai pelbagai fungsi penjagaan kesihatan dan penjejakan sukan untuk bantu anda jalani gaya hidup sihat.

    Xiaomi Watch S4

    Jam tangan pintar ini mempunyai skrin AMOLED berukuran 1.43 inci dengan resolusi 466×466, kadar segar semula 60Hz dan kecerahan puncak 1,500 nits untuk bantu anda lihatnya dengan lebih mudah di bawah cahaya matahari terik. Baterinya pula boleh bertahan selama 15 hari, dan pengecasan selama lima minit sudah cukup untuk memberikan penggunaan selama dua hari.

    Rekaannya mempunyai elemen yang boleh ditukar ganti, seperti tali jam dan cincin bezel di sekeliling muka jam. Ia juga mempunyai beberapa fungsi dail berputar seperti Clearheaded untuk menjejak tahap stres dengan penunjuk emoji dan Wild Walker untuk paparkan arah dan altitud dalam masa nyata.

    Ia turut mempunyai fungsi penjejakan untuk kadar degupan jantung, tahap oksigen dalam darah, tahap stres dan corak tidur. Ia boleh menyediakan laporan kesihatan dalam masa 60 saat dengan satu sentuhan sahaja. Untuk penjejakan sukan, ia mempunyai teknologi GNSS L1+L5 yang boleh menjejak lebih 150 jenis sukan dengan tepat.

    Ia juga boleh dihubungkan dengan ekosistem Xiaomi Smart Hub untuk hubungan pantas dengan telefon, tablet, fon telinga dan kelengkapan rumah Xiaomi. Hubungan ini boleh melakukan pelbagai tugas seperti menangkap gambar, menjejak tahap bateri, kawalan jari untuk fungsi seperti menjawab atau menolak panggilan, serta banyak lagi.

    Xiaomi Watch S4 akan dijual di Malaysia pada harga RM699, namun anda boleh belinya pada harga istimewa RM559 sebelum 6 April 2025. Terdapat juga edisi khas Rainbow Colour yang dijual pada harga pasaran RM749, namun anda boleh belinya pada harga RM599 sahaja sebelum 6 April 2025.

    Xiaomi Smart Band 9 Pro

    Gelang tangan pintar ini pula mempunyai skrin berbentuk petak dengan panel AMOLED berukuran 1.74 inci, resolusi 336×480, kadar segar semula 60Hz dan kecerahan puncak 1,200 nits. Baterinya berkapasiti 350mAh dan menyediakan hayat penggunaan selama 21 hari.

    Ia menawarkan penjejakan kesihatan 24/7 yang lebih tepat sebanyak 15% berbanding generasi sebelumnya, untuk metrik seperti kadar degupan jantung, tahap oksigen dalam darah, tahap stres dan corak tidur.

    "
    "

    Ia juga mempunyai fungsi penjejakan untuk lebih 150 jenis sukan, penjejakan GNSS yang tepat untuk aktiviti lasak, serta animasi 3D untuk bantu anda melakukan senaman. Ia juga mempunyai fungsi kompas dalaman untuk bantu anda mengemudi sewaktu berada di kawasan luar.

    Xiaomi Smart Band 9 Pro akan dijual di Malaysia pada harga RM399, namun anda boleh belinya pada harga istimewa RM299 sebelum 6 April 2025. Anda juga boleh beli pelbagai jenis tali jam yang terdiri daripada bahan TPU, kulit dan magnetik.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan mana-mana produk di atas dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...