More

    Xiaomi Wireless AR Glass Discovery Edition dipamerkan di MWC 2023

    Xiaomi mempunyai peranti yang cukup banyak pada persidangan MWC tahun ini selain pelancaran global untuk telefon siri Xiaomi 13. Menariknya, Xiaomi mempamerkan sepasang cermin mata realiti tambahan (AR) iaitu Xiaomi Wireless AR Glass yang berkonsepkan cermin mata pintar tanpa wayar.

    Peranti ini akan bersambung dengan telefon atau mana-mana peranti dan menawarkan pengalaman AR tanpa sebarang wayar serta dongle. Cermin mata AR Xiaomi tidak mempunyai storan terbina dalam jadi ia perlu disambungkan ke peranti utama untuk berfungsi.

    Cermin mata ini menampilkan dua skrin Micro OLED dengan modul prisma panduan cahaya bentuk bebas yang menghasilkan imej. Ia mempunyai kecerahan puncak sehingga 1200 nits dan turut menggabungkan tiga modul kamera yang digunakan untuk memetakan dunia sekeliling pengguna.

    AR Glass mempunyai kanta elektrokromik dengan mod tenggelam (immersed) untuk pengalaman lengkap dalam ruang maya dan mod lutsinar membolehkan pengguna melihat objek pada persekitaran mereka. Ia juga mempunyai struktur aloi magnesium-litium dengan unsur gentian karbon dan berat 126 gram.

    Sama seperti Meta Quest Pro, Xiaomi Wireless AR Glass menampilkan cipset Qualcomm Snapdragon XR2+ Gen 1 dan menyokong platform pembangun Snapdragon Spaces XR. Xiaomi juga membangunkan kawalan AR Gerak Isyarat sendiri dengan pengesanan ruang untuk kawalan dan operasi yang tepat.

    Kependaman pada set kepala adalah serendah 50ms dengan telefon pintar berpasangan yang didakwa Xiaomi adalah setanding dengan kependaman yang anda jangkakan daripada set kepala AR/VR tradisional yang disambungkan melalui kabel.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Xiaomi Wireless AR Glass Discovery Edition dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Xiaomi

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured