More

    Xiaomi Youpin lancarkan helmet pengurut kepala elektronik, boleh mainkan muzik berharga ~RM484

    Xiaomi dilihat menyenaraikan pengurut kepala, mata dan leher 3 dalam 1 elektronik pada laman Xiaomi Youpin. Pengurut 3 dalam 1 elektronik yang diberi nama Momoda Smart Massage Helmet dengan harga pendanaan 599 Yuan (~RM383), manakala harga penjualannya adalah 799 Yuan (~RM484).

    Pengurut kepala pintar ini menggunakan airbag 3D untuk melitupi kepala, mata dan leher untuk memberi anda pengalaman urutan di ketiga-tiga bahagian badan. Untuk urutan bahagian kepada, pengurut pintar Momoda ini mempunyai frekuensi tekanan udara yang memberi keselesaan. Terdapat urutan 7 titik yang memfokuskan kepada titik acupoint utama, boleh memperbaik perjalanan darah di dalam badan dan melegakan kulit kepala.

    Urutan di bahagian mata pula dilengkapi dengan pemampatan suam dengan suhu 40℃, memberi sensasi hangat dan selesa kepada mata anda. Ia juga boleh mengurangkan simptom mata yang kering atau kelihatan tidak bermaya.

    Urutan di bahagian leher hadir dengan airbag 3D yang akan menekan leher melalui dua bonggolan urutan, getaran berfrekuensi tinggi dan pemampatan grafena panas untuk melegakan leher anda yang ‘berkerja keras’.

    Anda boleh menyambungkan helmet pengurut elektronik ini ke aplikasi Mijia melalui sambungan Bluetooth dan mengubah suai masa urutan, tekanan airbag dan sebagainya.

    Ia lengkap dengan bateri berkapasiri 2400mAh yang boleh dicas penuh selama 2 jam setengah. Sambungan Bluettoh juga membolehkan anda memainkan muzik melalui helmet pengurut kepala elektronik ini.

    Sepertinya, kita tak perlu lagi menunggu pulang ke rumah untuk urutan. Anda hanya perlu meletakkannya di atas meja kerja anda di pejabat. Apa pun, setakat ini kami masih ketiadaan maklumat berkenaan keberadaanya secara rasmi di pasaran Malaysia. Berminat atau tidak? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Xiaomi Youpin

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé EV rasmi di Malaysia dengan 1,169hp, cas pantas 350kW

    Mercedes-Benz Malaysia melancarkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé dan memberi pratonton awal Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé di Kuala Lumpur bersempena...

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured