More

    XPeng memperkenalkan P7+, kenderaan AI pertama di dunia!

    Ketua Pegawai Eksekutif XPeng, He Xiaopeng membuat kejutan apabila memandu secara peribadi prototaip P7+ yang dinanti-nantikan. Kereta itu mempunyai pelekat yang tertera tulisan “kenderaan AI pertama di dunia”. P7+ merupakan evolusi daripada P7i yang mempunyai badan yang lebih besar dan lebih aerodinamik dalam gaya coupe.

    P7+ berukuran 5.06 m panjang, 1.94 m lebar dan 1.51 m tinggi serta dibina pada platform SEPA 2.0 XPeng. Sorotan utama P7+ ialah sistem penglihatan berasaskan kamera untuk pemanduan autonomi. Visi XPeng adalah untuk mencipta kenderaan berkuasa AI yang sebenar.

    P7+ akan tersedia dengan dua pilihan powertrain iaitu motor 180kW (241 kuasa kuda) untuk model asas dan motor 230kW (308 kuasa kuda) untuk model preastasi. Model asas mempunyai berat 1,967 kg manakala model yang lebih berkuasa mempunyai berat 2,073 kg. P7+ juga dilengkapi kamera di dalam lampu belakangnya.

    P7+ akan dikuasakan oleh bateri lithium iron phosphate (LFP) yang diperoleh daripada Eve Power. Kereta elektrik ini dijadualkan untuk dikeluarkan pada suku keempat 2024. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: CarNewsChina

     

    Artikel Terkini

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé EV rasmi di Malaysia dengan 1,169hp, cas pantas 350kW

    Mercedes-Benz Malaysia melancarkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé dan memberi pratonton awal Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé di Kuala Lumpur bersempena...

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured