More

    Yayasan YTL bina inisiatif percuma untuk pembelajaran dalam talian bagi pelajar sekolah sewaktu PKP

    Memandangkan institusi persekolahan akan ditutup sehingga sekurang-kurangnya hujung bulan ini menurut Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Kumpulan YTL memutuskan untuk menyediakan sumber pembelajaran dalam talian dan data mudah alih secara percuma kepada semua pelajar sekolah kerajaan. Ini berikutan kebimbangan ramai ibu bapa, terutamanya daripada golongan B40, yang risau dengan penutupan sekolah dan ketiadaan kemudahan internet untuk terus belajar di rumah.

    Yayasan YTL bekerjasama dengan YES dan FrogAsia bagi melancarkan Inisiatif Belajar Dari Rumah atau Learn From Home Initiative, di mana semua pelajar boleh mengakses aplikasi FrogPlay Mobile untuk mengulang kaji semua mata pelajaran teras yang diajar di sekolah kerajaan daripada Darjah Satu hinggalah Tingkatan Lima. Kandungan yang terdapat dalam aplikasi itu disusun oleh syarikat penerbitan Pelangi.

    Ibu bapa boleh mendapatkan sehingga lima kad SIM prabayar 4G percuma daripada YES, satu kad untuk setiap anak yang masih belajar di sekolah. SIM tersebut didatangkan dengan data 40GB yang sah untuk tempoh 60 hari selepas ia diaktifkan dan boleh dihantar ke rumah secara percuma.

    Anda boleh layari laman web Yayasan YTL untuk mendaftar FrogPlay Mobile dan memohon kad SIM prabayar YES 4G. Beritahu kami di Facebook jika ini sesuatu yang amat berguna untuk keluarga anda dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Google hentikan khidmat Google Assistant mulai 4 September ini

    Google mengumumkan penamatan perkhidmatan Google Assistant pada peranti mudah alih dan peranti boleh pakai bermula 4 September 2026. Mereka telah mula menghantar...

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured