More

    YES 5G dilancar sebagai rangkaian 5G pertama di Malaysia, kelajuan sehingga 600+Mbps

    Syarikat telekomunikasi YES telah melancarkan rangkaian YES 5G pada hari ini, menjadikannya syarikat telekomunikasi tempatan pertama yang melancarkan rangkaian generasi baharu tersebut.

    YES 5G menawarkan kelajuan internet mudah alih sehingga 665Mbps untuk kawasan liputan 5G. Pada waktu ini, ia hanya ditawarkan dalam lokasi terpilih di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Cyberjaya. YES akan terus meluaskan rangkaian 5G di Malaysia di mana mereka menyasarkan semua negeri akan mempunyai rangkaian tersebut pada 2024.

    Selain itu, mereka turut melancarkan pelan khas untuk rangkaian 5G ini iaitu YES Infinite. Pelan ini menawarkan data 5G+4G tanpa had, panggilan telefon tanpa had serta penggunaan data yang tidak dihadkan oleh Polisi Penggunaan Adil (Fair Use Policy, FUP).

    Pelanggan boleh memilih empat pelan yang dibahagikan mengikut harga dan kuota data hotspot iaitu:

    • Basic: RM58 sebulan, data hotspot 10GB
    • Standard: RM88 sebulan, data hotspot 40GB
    • Premium: RM118 sebulan, data hotspot 70GB
    • Ultra: RM178 sebulan, data hotspot 100GB

    Semua pelan YES Infinite akan disertakan bersama telefon pintar 5G percuma. Selain itu, anda boleh hantarkan telefon 4G lama anda ke kedai YES dan anda akan menerima wang tunai dalam MyYes App Wallet.

    Anda boleh membuat pendaftaran untuk pelan ini bermula 9 Jun 2022 di laman web YES dan kedai-kedai YES. Anda juga boleh buat pra-pendaftaran bermula hari ini di laman web YES.

    Beritahu kami di Facebook jika anda akan melanggan kepada YES 5G dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured