More

    Yes 5G lancarkan pas 1 hari & 3 hari untuk NVIDIA GeForce NOW, bermula RM10 sahaja

    Lebih setahun lalu, syarikat telekomunikasi Yes 5G memperkenalkan perkhidmatan permainan video awanan (cloud gaming) NVIDIA GeForce NOW yang membenarkan anda untuk strim game melalui internet dan tidak perlu bergantung kepada pemprosesan dalam konsol atau komputer.

    Kini, Yes 5G memperkenalkan pas harian untuk NVIDIA GeForce NOW, terdiri daripada pas 1 hari yang berharga RM10 dan pas 3 hari, berharga RM20. Pelan bulanan dan tahunan yang ditawarkan sebelum ini juga masih ada, pada harga RM50 sebulan atau RM500 setahun untuk pelanggan biasa.

    Untuk pelanggan Yes 5G, anda boleh beli pas NVIDIA GeForce NOW pada harga lebih murah iaitu RM30 sebulan atau RM300 setahun.

    Harga pas 1 hari dan 3 hari untuk GeForce NOW oleh Yes 5G
    Harga pas bulanan dan tahunan

    Dengan GeForce NOW, anda boleh memainkan sebarang game dengan grafik tinggi tanpa perlu berfikir tentang keupayaan konsol atau komputer. Anda hanya perlukan hubungan internet yang stabil bagi menghasilkan pengalaman gaming yang lancar. Buat masa ini, GeForce NOW menyediakan lebih 1,500 game popular untuk anda mainkan.

    Jika anda berminat untuk mencuba teknologi awanan ini, anda boleh hadirkan diri ke GeForce NOW Experience Zone di Lot 10, Kuala Lumpur atau cawangan Yes Experience Store terpilih dalam seluruh negara. Dalam masa terdekat, pihak Yes akan membuka lebih banyak GeForce NOW Experience Zone di negeri-negeri lain seperti Pulau Pinang dan Sabah.

    GeForce NOW menawarkan lebih 1,900 game
    GeForce NOW Experience Zone akan dibuka di lebih banyak tempat pada masa akan datang

    Anda boleh layari laman web GeForce NOW Powered by Yes 5G untuk maklumat lanjut mengenai pas ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured