More

    Yes Fibre bakal dilancarkan, Internet berkelajuan tinggi serendah RM35/bulan

    Yes nampaknya bakal melancarkan perkhidmatan jalur lebar tetap baharu yang dikenali sebagai Yes Fibre. Walaupun butiran masih terhad, halaman khas untuk perkhidmatan ini sudah tersedia di laman web rasmi mereka.

    Berdasarkan maklumat di halaman tersebut, pelan Yes Fibre akan bermula pada harga RM35 sebulan untuk pengguna individu dan perniagaan dengan kelajuan internet daripada 300Mbps. Ini menunjukkan kemungkinan terdapat beberapa pilihan harga yang berbeza semasa pelancarannya nanti.

    Beberapa pengedar sudah mula mempromosikan Yes Fibre dan imej promosi yang tersebar menunjukkan bahawa pelan RM35 hanya ditawarkan di Sabah manakala harga biasa di luar promosi ini dijangka sekitar RM139 sebulan. Imej yang sama turut mendedahkan bahawa tiada bayaran pendahuluan diperlukan tetapi langganan disertakan dengan kontrak 24 bulan.

    Setakat ini, maklumat mengenai kawasan liputan masih belum diketahui, namun pelancaran rasmi mungkin akan diumumkan tidak lama lagi. Bagi yang berminat, pendaftaran minat boleh dibuat di laman Yes Fibre sekarang.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured