More

    Yes lancar 5G Advanced dengan liputan lebih luas dan kelajuan lebih tinggi

    YTL Communications melalui Yes telah melancarkan 5G Advanced dan ia sudah mula aktif di Lembah Klang serta dijangka siap seluruh negara menjelang Disember 2025. 5G Advanced menawarkan liputan yang lebih luas, sambungan lebih stabil dan prestasi yang disesuaikan untuk era kecerdasan buatan (AI).

    Pelancaran rasmi diadakan dalam acara “Yes Presents: The Future First Tech-Talk” di mana Yes mempamerkan beberapa ciri utama 5G Advanced seperti kelajuan muat turun dan muat naik yang lebih tinggi, masa tindak balas sangat rendah dan buat pertama kali di Malaysia, teknologi network slicing.

    Teknologi ini membolehkan Yes menyediakan “laluan VIP” dalam rangkaian mereka untuk memastikan sambungan kekal pantas dan stabil tidak kira waktu atau lokasi. 5G Advanced menggunakan gabungan spektrum 700MHz dan 3500MHz bagi meningkatkan kekuatan isyarat di dalam bangunan dan meluaskan liputan di kawasan luar.

    Pengguna juga boleh menikmati sambungan suara dan data yang lebih lancar menerusi Voice over New Radio (VoNR). Mulai hari ini, semua pelanggan Yes 5G Postpaid dan Yes Wireless Broadband akan dinaik taraf secara automatik ke 5G Advanced tanpa sebarang caj tambahan. Pengguna hanya perlu memastikan mereka menggunakan peranti yang menyokong 5G.

    Yes turut memperkenalkan dua promosi utama iaitu pelan Yes 5G Advanced Broadband Bundle dengan data tanpa had dan router Yes Infinite Gateway MAX pada harga RM68 sebulan dan pelan Yes Infinite+ Advanced Phone Bundles yang menawarkan penjimatan sehingga RM3,999 untuk peranti seperti Samsung Galaxy S25, Nothing Phone (3) dan model lain daripada HONOR, vivo, Xiaomi dan ZTE.

    Beberapa pakej turut dilengkapi aksesori percuma, jaminan tambahan dan rebat bil. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Yes. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan tawaran ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    OPPO ColorOS 17 dilancar secara global dengan UI Living Flow, jaminan lancar 6 tahun

    OPPO hari ini melancarkan sistem operasi terbaharu iaitu ColorOS 17 untuk pasaran global dengan fokus terhadap rekaan visual Living Flow dan integrasi...

    Samsung pamer peralatan rumah berasaskan AI, termasuk penyaman udara baharu 2027

    Samsung Electronics mempamerkan rangkaian kelengkapan rumah dan penyelesaian perniagaan berasaskan AI menerusi acara The Brief 2026 di Hanoi, Vietnam. Antara produk yang...

    Apple umum HomeView, HomePod mini 2 dan Apple TV 4K baharu — Bermula RM649

    Apple rasmi memperkenalkan barisan peranti rumah pintar baharu yang merangkumi hub smart home Apple HomeView, pembesar suara HomePod mini 2 dan peranti...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...