More

    Yes lancarkan pelan prabayar 5G Advanced pertama di Malaysia, bermula RM10 sahaja

    Syarikat telekomunikasi Yes hari ini melancarkan pelan prabayar pertama di Malaysia yang menggunakan rangkaian 5G Advanced, bernama Yes 5G Advanced Starter Pack. Ia boleh dilanggan pada harga serendah RM10 sahaja.

    Dengan pelan ini, pelanggan boleh dapatkan data internet sehingga 20GB, kelajuan tanpa had dan tempoh penggunaan selama 30 hari. Memandangkan ini adalah pelan prabayar pertama menggunakan rangkaian 5G Advanced, pengguna boleh dapatkan hubungan 5G generasi baharu dengan harga yang mampu milik.

    Yes mengatakan pelan ini akan menyediakan penstriman definisi tinggi, kependaman rendah untuk pengalaman game yang stabil, hubungan lebih kukuh dalam kawasan sibuk serta rangkaian yang sedia dengan pengenalan AI.

    Buat masa ini, setiap pelanggan prabayar Yes telah pun dinaiktaraf kepada pelan Yes 5G Advanced tanpa sebarang caj atau langkah tambahan.

    Jika anda berminat, Yes 5G Advanced Starter Pack boleh didapati di Yes Store, pengedar sah Yes, laman web Yes, aplikasi MyYes, Shopee dan TikTok Shop. Bermula 22 Disember 2025, anda juga boleh dapatkannya di kedai-kedai MyNews dan CU.

    Selain pelan ini, Yes melaporkan bahawa mereka telah melengkapkan pengenalan Yes 5G Advanced ke dalam setiap kawasan liputan 5G mereka yang kini terdiri daripada 82.4% dari kawasan berpenduduk di seluruh negara.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan pelan Yes baharu ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured