More

    Yes lancarkan Pusat Pengalaman 5G pertama di Malaysia

    Yes milik YTL Communications hari ini melancarkan Pusat Pengalaman Yes yang dikuasakan sepenuhnya oleh ketersambungan 5G di Lot 10, Bukit Bintang. Pusat pengalaman tersebut bertujuan untuk memberikan gambaran masa depan ketersambungan 5G dalam gaya hidup, bekerja dan berhibur dalam persekitaran yang semakin saling terhubung. 

    Pengunjung boleh merasai sendiri ketersambungan ultra-pantas Yes 5G dengan kependaman (latency) yang lebih rendah, masa respon yang pantas dan liputan yang stabil. Pusat tersebut bukan sahaja menyediakan penjualan dan pembelian produk pelan pascabayar Yes 5G, ia juga dilengkapi restoran dan kafe yang dikuasakan 5G yang pertama di Malaysia.

    Turut diumumkan di majlis pelancaran tersebut ialah program eksklusif Yes iaitu Yes 5G Databack yang diberi nafas baharu bersama Shopee. Ia kini menawarkan ganjaran data 5GB buat para pengguna Prabayar dan Pascabayar Yes 5G dan 4G bagi setiap perbelanjaan bernilai RM50 dalam platform e-dagang tersebut.

    Anda juga boleh mencuba pelan Yes Infinite Discover Postpaid Plan tanpa Polisi Penggunaan Saksama (FUP) secara PERCUMA dalam tempoh sebulan menerusi laman rasmi Yes di Shopee. Pelan ini menawarkan data 5G, 4G, panggilan, kelajuan tanpa had selain 10GB hotspot. 

    Pusat Pengalaman Yes menawarkan pelbagai aktiviti menarik termasuk baucar Shopee SIM 5G percuma untuk orang ramai sepanjang hujung minggu ini dari 14 – 16 Oktober. Pengunjung yang bertuah juga berpeluang untuk memenangi hadiah utama Vivo V23 5G atau vivo Y77 5G hanya dengan mengambil video di Pusat Pengalaman Yes.

    Seterusnya, kongsikan elemen kegemaran mereka mengenai pusat tersebut dan muatnaik ke Instagram Reels di samping mengikuti laman-laman sosial Yes. Untuk maklumat lanjut mengenai produk Yes dan pelan-pelan 5G Yes, layari www.yes.my.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured