More

    Yes taja Bazar Ramadan #TechMeToBazaar untuk pengunjung alami rangkaian 5G

    Selaku penaja telko Bazar Ramadan #TechMeToBazaar di Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Yes 5G oleh YTL Communications baru-baru ini melancarkan Bazar Ramadan dikuasakan oleh Yes 5G bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Persatuan Pengurusan Pasar Malam Kuala Lumpur (PMKL) dan Tech Hunter. 

    Para pengunjung bazar boleh singgah di mana-mana dua gerai Yes 5G yang terletak di dalam kawasan bazar Ramadan untuk melayari, mencuba dan membeli pelbagai pelan 5G. Pengunjung juga boleh terus berhubung dengan segera menerusi pembelian SIM 5G dan mengaktifkan pelan mudah alih pilihan mereka dalam aplikasi MyYes. 

    Para pengunjung bazar Ramadan TTDI bakal menikmati potongan bulanan bernilai RM20 bagi enam bulan pertama kitaran bil penuh apabila mereka melanggan mana-mana Pelan Pascabayar Yes 5G Infinite bermula dari harga serendah RM38 sebulan untuk 4G dan 5G tanpa had.

    Pengguna juga boleh menaik taraf dengan mendaftar untuk Raya Family Bundle Promo oleh Yes Wireless Fibre 5G dengan harga RM74 sebulan (RPP: RM148) dan dua pelan pascabayar Infinite Basic  bernilai RM58 sebulan dengan nilai keseluruhan hanya berjumlah RM190 sebulan (RPP: RM264). 

    Bazar Ramadan #TechMeToBazaar dibuka setiap hari dari 3pm di TTDI sehingga 21 April. Para pengunjung boleh singgah di mana-mana dua gerai Yes yang terletak dalam kawasan bazar tersebut untuk mencuba sendiri ketersambungan dan pelan-pelan Yes 5G. 

    Untuk maklumat lanjut mengenai pelan dan produk Yes, anda boleh layari laman web rasmi Yes atau lawati kedai-kedai Yes. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

     

    Artikel Terkini

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...