More

    YES tawarkan data percuma sebanyak 150,000,000 GB sewaktu PKP

    Selepas melancarkan inisiatif Kasi Up pada bulan Disember tahun lepas, YES kini meluaskan lagi skop penggunaan inisiatif tersebut dengan penawaran data 150 juta GB percuma kepada seluruh pelanggan sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

    Data tersebut boleh diperoleh melalui program YES DATABACK, di mana data percuma akan diberikan kepada pelanggan yang membeli-belah di dalam platform rakan perniagaan YES seperti Shopee. Dengan setiap perbelanjaan RM50 di Shopee, pengguna akan menerima data 5GB percuma dan boleh ditebus sehingga 100GB setiap bulan.

    Selain itu, pelan prabayar YES Kasi Up Prepaid 15 juga ditawarkan pada harga RM15 sebulan. Buat pelanggan yang membeli kadi SIM YES buat pertama kali di Shopee, mereka boleh mendapatkan data 10GB selama 30 hari dengan harga RM1 sahaja.

    Selain dua inisiatif di atas, inisiatif YES Kasi UP juga menawarkan pelan YES Kasi Up Postpaid 49 yang berharga RM49 sebulan untuk data 100GB dan YES Kasi Up Rujuk & Jana, di mana para pelanggan YES boleh mendapat pendapatan sampingan dengan merujukkan YES kepada rakan-rakan atau ahli keluarga mereka.

    Layari laman web Shopee untuk maklumat lanjut berkaitan YES DATABACK. Beritahu kami di Facebook jika anda akan berdaftar dengan YES dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured