[Kemas kini, 10:20 pagi] Isu ini telah pun dibaiki dan video kini boleh dimainkan seperti biasa. YouTube masih tidak memaklumkan punca masalah ini.
[Laporan asal] Para pengguna YouTube kini sedang menghadapi masalah di mana video tidak boleh dimainkan dalam laman web tersebut. Jika anda membuka YouTube sekarang, pemain hanya akan menunjukkan skrin hitam dengan logo buffering yang tidak berkesudahan.
YouTube telah pun mengakui isu tersebut dan kini sedang berusaha untuk membaikinya. Pada waktu artikel ditulis, perkataan #YouTubeDown kini sedang hangat dibual dalam Twitter. Sebelum ini, YouTube juga mengalami masalah yang serupa pada bulan Ogos.

TechNave akan mengemas kini artikel ini sebaik sahaja isu ini pulih. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.






