More

    Youtube lancarkan inisiatif baharu, kurangkan iklan berulang ketika menonton video

    Kadangkala agak terlalu jelas apabila syarikat melancarkan kempen iklan besar di YouTube. Jika anda seorang penonton YouTube yang tegar, anda mungkin akan melihat iklan yang sama berulang kali. Walau bagaimanapun, minggu ini YouTube mengumumkan bahawa ia sedang membangunkan ciri kawalan ke atas kekerapan iklan dipaparkan kepada pengguna.

    Ciri kekerapan iklan iaitu Display dan Video 360 sebenarnya dilancarkan pada bulan Februari dan meliputi kempen iklan yang dijalankan dalam aplikasi TV pintar yang berbeza termasuk aplikasi YouTube dan apliaksi saingan seperti Hulu.

    Tetapi YouTube telah mengesahkan kepada The Verge bahawa rancangan itu bukan sahaja mengira iklan pada aplikasi TV pintar, tetapi juga pada platform mudah alih dan desktopnya. Ini bermakna kurang iklan untuk penonton. Iklan yang sama berulang kali bukan sahaja menyusahkan bagi pengguna, ia juga tidak baik untuk syarikat.

    Digabungkan dengan keupayaan pembelajaran mesin terkemuka, pengiklan kini dapat mengoptimumkan bilangan berapa kali penonton melihat iklan mereka dalam seminggu. Ini bukan sahaja bermakna perbelanjaan yang lebih cekap, tetapi lebih penting pengalaman yang lebih baik untuk penonton.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: ZOYouTube initiativeL

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured