More

    YouTube mudahkan pencipta tukar video panjang kepada Shorts

    YouTube kini membantu pencipta menukar video panjang pengguna menjadi Shorts dengan menambah fungsi”Edit ke Pendek” (Edit into a Short) pada iOS dan Android. Ia membenarkan pencipta memilih sehingga 60 saat daripada salah satu video mereka dan membawa klip itu ke dalam editor Shorts. Pencipta juga boleh menambah teks, penapis (filter) serta video tambahan yang dirakam dengan kamera Shorts atau daripada data foto mereka.

    Short yang telah siap disunting akan dipautkan kepada video penuh asal untuk mempromosikan Shorts tersebut.  Inisiatif ini untuk menguji pilihan pengewangan ciri tersebut dan pada masa yang sama, pengguna juga tidak perlu pergi ke saluran pencipta untuk mencari video penuh.

    YouTube cuba memberi insentif kepada pencipta melalui dana yang dibayar kepada pelanggan jika mereka memuat naik Shorts. Menurut TechCrunch, syarikat itu juga akan menukar video sedia ada kepada Shorts sekiranya ia dirakam secara menegak dan kurang daripada 60 saat. Pada bulan lalu, YouTube mengatakan bahawa lebih 1.5 bilion orang menonton Shorts setiap bulan.

    Walaupun begitu, ia mungkin tidak akan menggantikan penyuntingan video yang lama sepenuhnya apabila membuat Shorts. Untuk ketahui lebih lanjut, anda boleh klik pautan ini untuk tahu fungsi secara terperinci. Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: The Verge/ YouTube Help

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...