More

    YouTube mula kaburkan “thumbnail” untuk video yang berunsur lucah

    YouTube kini sedang melakukan ujian untuk sebuah fungsi baharu di mana mereka akan mengkaburkan imej kecil (thumbnail) untuk sesetengah video yang mempunyai unsur-unsur matang dan seksual. Fungsi ini bertujuan menyediakan pengalaman yang lebih selamat untuk semua golongan umur.

    Untuk video-video yang mempunyai imej kabur ini, tajuk, nama saluran dan huraian video masih lagi dipaparkan secara jelas. Pengguna juga akan diberi pilihan untuk menghentikan fungsi auto-kabur ini.

    Buat masa ini, ia hanya diuji terhadap sejumlah kecil pengguna sahaja. Ujian ini bertujuan memahami sama ada fungsi ini akan membantu pengguna dalam mengelakkan diri daripada menonton video-video sensitif secara tidak sengaja.

    Beberapa laman web lain sudah pun mempunyai fungsi serupa, seperti Reddit yang akan mengkaburkan sebarang kandungan yang berunsur lucah. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan fungsi ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Google Support

     

    Artikel Terkini

    TikTok Shop kenakan SST 6% untuk yuran penghantaran mulai 1 September ini

    TikTok Shop Malaysia mengumumkan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 6% ke atas Yuran Penghantaran Sebenar bagi perkhidmatan berkaitan penghantaran yang...

    Rekaan cip ARM Malaysia dijangka siap pada 2028, pengeluaran bermula 2030

    Malaysia mensasarkan cip ARM buatan tempatan untuk memasuki fasa pengeluaran menjelang tahun 2030. Negara turut berhasrat untuk menggunakan cip berkenaan dalam rantaian...

    Sarawak iktiraf TNG eWallet sebagai kaedah bayaran gaji alternatif

    TNG Digital Sdn Bhd mengumumkan bahawa TNG eWallet kini diiktiraf secara rasmi oleh Jabatan Tenaga Kerja Sarawak (JTK Sarawak) sebagai kaedah pembayaran...

    BYD One Charge Challenge: 509KM tanpa cas, baki purata bateri masih 21%

    BYD Sime Motors mengumumkan kejayaan penganjuran One Charge Challenge yang melibatkan perjalanan pergi balik sejauh 509km antara Kuala Lumpur dan Gambang, Kuantan...

    Samsung pamer skrin masa depan untuk robot, kereta swapandu dan peranti AI

    Samsung Display baru-baru ini telah memperkenalkan beberapa inovasi paparan OLED terbaharu dalam acara IMID 2026. Acara itu menyaksikan penampilan julung kali teknologi...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured