More

    YouTube Music lancarkan Listening Room, bantu pengguna uji fungsi baru lebih awal

    Perkhidmatan penstriman muzik digital YouTube Music telah melancarkan ruang khas bernama Listening Room buat para pengguna tegar yang berminat untuk menguji beberapa fungsi awal yang akan diperkenalkan dalam YouTube Music.

    Listening Room telah dibina dalam perkhidmatan sembang Discord di mana mereka yang berminat boleh mendaftarkan diri. YouTube Music hanya akan memilih segolongan pengguna yang bertuah dan mereka boleh memberi maklum balas terhadap sebarang ciri baharu yang akan diperkenalkan dalam perkhidmatan tersebut.

    YouTube Music telah menggariskan beberapa syarat untuk menyertai Listening Room iaitu:

    • Sangat menggemari muzik
    • Menggunakan YouTube Music sebagai perkhidmatan penstriman muzik utama (anda masih boleh gunakan perkhidmatan yang lain)
    • Memberi maklum balas secara tetap dalam sembang dan undian di ruang Discover
    • Tidak berkongsi sebarang maklumat, seperti tangkapan skrin, gambar atau rakaman tentang ciri-ciri awal YouTube Music, dan berkongsinya di luar Discord

    Mereka yang berminat perlu memberi beberapa butiran seperti peranti yang digunakan, genre dan artis muzik yang digemari, kekerapan mendengar muzik, perkhidmatan penstriman yang digunakan dan banyak lagi.

    Pengguna yang bakal menjadi sebahagian daripada Listening Room akan dapat akses percuma kepada YouTube Music Premium selama setahun. Sungguh pun begitu, pendaftaran untuk Listening Room telah pun ditutup buat masa ini kerana ia mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: 9to5 Google

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured