More

    YouTube perkenal Premium Lite – Langganan mampu milik tanpa iklan!

    YouTube telah mengumumkan pelancaran YouTube Premium Lite iaitu satu langganan yang lebih mampu milik bagi pengguna yang ingin menikmati tontonan tanpa iklan. Pelan ini dijangka dilancarkan dalam masa terdekat bermula di pasaran Amerika Syarikat, Australia, Jerman dan Thailand. Namun, ia tidak akan tersedia di seluruh dunia serta-merta.

    YouTube Premium Lite direka khusus untuk pengguna yang menonton kandungan selain muzik. Langganan ini menawarkan pengalaman menonton tanpa iklan untuk podcast, tutorial dan video umum lain. Namun, video muzik masih akan memaparkan iklan dan perkhidmatan ini tidak termasuk YouTube Music Premium.

    Semasa fasa ujian tahun lalu, pelan ini ditawarkan pada harga sekitar 5.99 euro (YouTube Premium penuh berharga 12.99 euro) di Eropah. Ini menjadikan Premium Lite sebagai pilihan menarik bagi mereka yang tidak memerlukan semua ciri tambahan dalam langganan penuh.

    Selain itu, ia berpotensi meningkatkan pendapatan langganan bagi pencipta kandungan kerana lebih ramai pengguna mungkin memilih untuk melanggan perkhidmatan ini. Strategi ini juga menunjukkan kesediaan YouTube untuk mendengar maklum balas pengguna yang mahukan pilihan langganan lebih fleksibel dan tidak terlalu bergantung kepada YouTube Music.

    Walaupun tarikh pelancaran rasmi belum diumumkan, pengguna di Malaysia boleh mengharapkan ketersediaan perkhidmatan ini pada masa akan datang bergantung kepada pelan pengembangan YouTube ke pasaran lain. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Bloomberg

     

    Artikel Terkini

    Siri HUAWEI Pura 90s tersedia di Malaysia — Dilengkapi kamera 200MP bermula RM3,699

    HUAWEI secara rasmi melancarkan siri HUAWEI Pura 90s dan fon telinga terbuka HUAWEI FreeClip 2 S untuk pasaran Malaysia. Model utama HUAWEI...

    HMD mahu hidupkan semula pengalaman Nokia Lumia pada Android

    HMD Global dilaporkan sedang menguji antaramuka pengguna berasaskan rekaan tile yang menyerupai konsep Live Tiles daripada era Lumia dan Windows Phone. Maklumat...

    Samsung Galaxy Watch Ultra2 dan Watch9 turut rasmi dengan harga bermula RM1,499

    Selain siri telefon lipat, Samsung juga melancarkan jam tangan pintar Samsung Galaxy Watch Ultra2 dan Galaxy Watch9 untuk pasaran Malaysia. Kedua-dua model...

    Samsung Galaxy Z Fold8, Fold8 Ultra dan Flip8 rasmi di Malaysia, harga bermula RM5,399

    Samsung secara rasmi melancarkan siri telefon pintar boleh lipat Galaxy Z Fold8 Ultra, Galaxy Z Fold8 dan Galaxy Z Flip8 bagi pasaran...

    Peti ais untuk manusia ‘Do Hiemon Box’ dilancar di Jepun dengan harga ~RM43,260

    Syarikat pengeluar peti ais dan mesin layan diri dari Jepun, SDRS, bersama pembekal peralatan industri Trusco Nakayama telah memperkenalkan Do Hiemon Box....

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...