More

    YouTube perkenalkan Recap, beri rumusan untuk tontonan anda sepanjang 2025

    YouTube hari ini memperkenalkan YouTube Recap iaitu sebuah perkhidmatan yang merumuskan aktiviti tontonan anda di platform video tersebut sepanjang tahun ini. Ia serupa seperti Spotify Wrapped dan Steam Year In Review yang menyediakan infografik dan statistik khas berdasarkan penggunaan anda.

    YouTube Recap boleh diakses dalam laman utama (homepage) di desktop atau dalam tab “You” jika anda mengakses YouTube dalam peranti mudah alih. Ia akan menyediakan rumusan berdasarkan sejarah tontonan anda.

    Ia akan memberikan sehingga 12 kad berlainan yang merumuskan saluran-saluran yang kerap ditonton, minat serta perkembangan dalam tabiat tontonan anda. Ia juga memberikan jenis personaliti berdasarkan video yang kerap ditonton, seperti Skill Builder, Creative Spirit, Sunshiner, Wonder Seeker, Connector, Philosopher dan Dreamer.

    Untuk mereka yang kerap mendengar muzik, anda akan menerima rumusan tentang penyanyi dan lagu yang kerap didengari, serta genre, podcast dan muzik antarabangsa.

    Buat masa ini, ia hanya ditawarkan kepada para pengguna di Amerika Utara. Para pengguna di lain-lain negara akan menerimanya bermula minggu ini.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk lihat Recap sendiri dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: YouTube

     

    Artikel Terkini

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Apple Watch Series 12 diumum dengan cip S11, Ceramic Shield 2 dan cas lebih...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Series 12 yang dikuasakan oleh cip baharu S11. Jam tangan pintar ini membawakan rekaan sistem pengesan...

    Apple perkenal AirPods 5: ANC, IP57 dan kawalan gerak kepala bermula RM599

    Apple secara rasmi melancarkan AirPods 5 untuk pasaran Malaysia. Fon telinga jenis terbuka ini hadir dalam dua varian iaitu model standard dan...

    Apple iPhone Duo turut rasmi dengan skrin lipat 7.6″, cip A20 Pro bermula RM9,499

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone Duo sebagai telefon lipat pertama dalam barisan peranti mereka. Peranti ini hadir dengan reka bentuk boleh lipat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured