More

    YouTube sedang uji butang misteri yang memainkan video secara rawak

    YouTube secara senyap sedang menguji ciri baharu iaitu butang misteri Play dalam aplikasi Androidnya. Butang ini terletak di bahagian kanan bawah skrin dan membolehkan pengguna mengakses kandungan Shorts rawak berdasarkan pilihan mereka.

    Walaupun YouTube belum merasmikan ciri ini, ia dipercayai akan menarik kandungan berdasarkan sejarah tontonan pengguna, pencipta atau saluran yang telah dilanggan dan kebanyakan video yang disukai. Ciri ini kelihatan sedang diuji terhad dan bukan sebahagian daripada eksperimen rasmi YouTube yang memberi akses awal kepada pengguna untuk ciri-ciri akan datang.

    Penambahan butang misteri ini ini dilihat sebagai ciri yang mudah dan berguna bagi pengguna yang mencari kandungan baharu apabila mereka telah menonton semua pilihan biasa. Penempatannya yang tidak mengganggu di skrin memudahkan akses. Sementara YouTube terus melakukan ujian dengan ciri-ciri baharu, masih belum pasti sama ada ciri ini akan menjadi sebahagian daripada aplikasi secara tetap.

    Perkembangan ini berlaku semasa YouTube berusaha untuk mengawal sekatan penyekat iklan dan peningkatan harga kelas Premium. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Android Police

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured