More

    YouTube tamatkan sokongan untuk program asal YouTube Originals

    YouTube Originals merupakan siri rancangan video bermutu tinggi yang diterbitkan oleh YouTube sejak 2016 dan biasanya melibatkan pelakon, pemuzik serta pencipta video profesional. Walau bagaimanapun, YouTube mengumumkan bahawa mereka bakal menamatkan siri YouTube Originals pada masa akan datang.

    Menurut ketua pegawai bisnes YouTube, Robert Kyncl, mereka akan menamatkan semua siri YouTube Originals kecuali siri yang terlibat dalam YouTube Kids Fund dan Black Voices Fund. Untuk siri yang masih dalam penggambaran pula, YouTube akan masih meneruskan penerbitannya.

    Selain itu, pengasas YouTube Originals, Susanne Daniels, bakal meninggalkan YouTube pada 1 Mac 2022 dan ini mungkin telah menyumbangkan kepada penamatan siri Originals itu.

    Selepas ini, YouTube akan menumpukan perhatian terhadap inisiatif yang boleh mendatangkan impak lebih besar buat pencipta kandungan seperti Creator Shorts Fund, Black Voices Fund, Live Shopping dan banyak lagi.

    Kongsi pendapat anda tentang YouTube Originals di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured