YouTube mengumumkan di halaman rasminya bahawa syarikat itu sedang menguji ciri baharu untuk pengguna Premium iaitu membolehkan pengguna mengunci skrin mereka untuk mengelakkan daripada mengetik butang secara tidak sengaja dan mengganggu video.
Ciri ini melumpuhkan sebarang sentuhan apabila pengguna menonton video dalam mod skrin penuh. Pengguna yang mempunyai akses untuk menguji ciri ini boleh klik pada ikon gear di penjuru kiri atas skrin untuk mengaktifkannya.

Ia hanya disediakan untuk pelanggan Premium terpilih pada peranti Android dan iOS sehingga 30 Julai untuk mencuba ciri tersebut. Dalam pada itu, jangan dilupakan ujian masih dijalankan untuk ciri mengenai penyekat iklan dengan memberi amaran kepada pengguna bahawa pemain video akan disekat selepas tiga video melainkan pengguna melumpuhkan penyekat iklan.
Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.






