More

    YouTuber MKBHD dedahkan reka bentuk Nothing Phone (2) dan fungsi glif pencahayaan LED

    Hari ini, reka bentuk Nothing Phone (2) telah didedahkan oleh seorang YouTuber, MKBHD pada video Dope Tech terbarunya di YouTube, tetapi sudah pasti dengan maklumat terhad kerana ia belum dilancarkan secara rasmi.

    Video itu menunjukkan bahawa Nothing Phone (2) hampir sama dengan pendahulunya. Terdapat perubahan halus iaitu pada LED merah kecil betul-betul di bahagian atas sebelah kanan dan kali ini ia membawa warna kelabu. Glyph pencahayaan juga kelihatan sedikit berbeza apabila dihidupkan dengan jalur berasingan yang mempunyai sejumlah 33 zon pencahayaan LED.

    Jalur pencahayaan yang dipisahkan bukan sahaja untuk kelihatan berbeza tetapi setiap satu mempunyai fungsi. Sebagai contoh, jika anda melaraskan penggoncang kelantangan, salah satu jalur LED akan menunjukkan tahap kelantangannya kepada anda. Selain itu, anda boleh menetapkan pemasa glif dan jalur LED akan menyala mengira detik. MKBHD juga menyatakan bahawa Uber dan Zomato telah bekerjasama dengan Nothing untuk fungsi ini juga seperti ketibaan barang dengan nyalaan LED.

    Selain itu, terdapat juga ciri Pemberitahuan Penting (Essential Notifications) baharu pada Nothing Phone (2). Anda boleh menetapkan pemberitahuan mengikut jalur untuk memaklumkan anda tanpa perlu melihat paparan. Anda juga boleh menetapkan nada anda sendiri dan menyesuaikan cara jalur glif menyala.

    Daripada segi spesifikasi, Nothing Phone (2) akan mempunyai cipset Snapdragon 8+ Gen 1 dan bateri 4,700mAh. Anda boleh menonton strim langsung acara pelancaran pada 12 Julai ini pada 11 malam di nothing.tech.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured