More

    YTL Communications jelaskan sebab iPhone tidak disokong rangkaian 5G di Malaysia

    Dalam sebuah temuramah bersama Ibrahim Sani di Astro Awani, Ketua Pegawai Eksekutif YTL Communications, Wing K Lee berkata peranti Apple mampu menyokong rangkaian 5G tetapi buat masa ini, Yes masih belum melaksanakan perjanjian pelesenan untuk menjadi rakan telekomunikasi Apple. Ini membuatkan peranti Apple tidak boleh dihubungkan dengan rangkaian Yes 5G.

    Beliau berkata ini semua adalah hal ehwal komersial dan mereka akan terus membincangkan semula hal ini dengan pihak Apple. Beliau turut menekankan bahawa Yes mempunyai hubungan yang erat dengan Apple Malaysia dan akan berbesar hati untuk memasukkan peranti Apple ke dalam rangkaian mereka.

    Di laman web Apple, Celcom, Digi, Maxis dan U Mobile disenaraikan sebagai rakan telekomunikasi Apple serta dibenarkan untuk mendayakan eSIM, FaceTime, VoLTE dan Panggilan WiFi dalam peranti Apple. Jika keempat-empat syarikat ini menawarkan perkhidmatan 5G melalui Digital Nasional Berhad (DNB), maka pengguna peranti Apple di Malaysia boleh menikmati rangkaian 5G.

    DNB juga telah menjelaskan bahawa mereka tidak memperakui atau meluluskan peranti 5G untuk rangkaian mereka. Pensijilan itu dikendalikan oleh Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) dengan bimbingan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

    Kongsi di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured