More

    Yuran bulanan pelan keluarga YouTube Premium meningkat lebih 25%

    Nampaknya, YouTube telah menaikkan harga bulanan bagi pelan keluarga YouTube Premium tetapi pasaran Malaysia tidak terjejas. Namun, ini mungkin buat sementara dan akan dikenakan tidak lama lagi.

    Pengguna pelan keluarga YouTube Premium mendapat pengumuman dalam e-mel mereka baru-baru ini. Untuk mata wang USD, harga awal merupakan $17.99 (~RM85) sebulan dan kini telah dinaikkan ke $22.99 (~RM108) sebulan. Itu adalah peningkatan lebih 25% dan ia lebih tinggi lagi bagi mereka yang menggunakan iPhone iaitu $29.99 (~RM142) sebulan.

    Peliknya, akaun individu YouTube Premium kekal sama pada $11.99 (~RM56) sebulan. Selain pasaran Amerika Syarikat, negara lain turut terjejas seperti Kanada, United Kingdom, Argentina, Turki dan Jepun. Anda boleh melihat pelarasan harga baharu di bawah:

    • Amerika Syarikat: $17.99 -> $22.99
    • Kanada: CA$17.99 -> CA$22.99
    • UK: £17.99 -> £19.99
    • Argentina: Pelan individu ARS 119 -> ARS 389 – Pelan keluarga ARS 179 -> ARS 699
    • Turki (pelan individu): 16.99 TRY -> 29.99 TRY
    • Jepun: Â¥1,780 -> Â¥2,280

    YouTube tidak memberikan apa-apa penjelasan tentang mengapa yuran bulanan naik tetapi ia mungkin disebabkan oleh inflasi. Di Malaysia, ia masih ditawarkan pada harga yang sama iaitu RM17.90 sebulan untuk pelan individu dan RM26.90 sebulan untuk pelan keluarga YouTube Premium (sehingga 5 ahli).

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: 9to5google

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured