More

    Zahid Hamidi: Penduduk luar bandar tidak akan dipinggirkan daripada rangkaian 5G

    Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan akan memastikan supaya penduduk luar bandar tidak terpinggir daripada menikmati liputan telekomunikasi 5G. Ini termasuklah untuk para penduduk Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), FELCRA BHD dan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA).

    Beliau berkata menara sistem telekomunikasi di kawasan luar bandar sudah pun mengalami perubahan daripada 3G, 4G dan 5G, jadi beliau tidak mahu penduduk luar bandar untuk terpinggir daripada mendapat liputan yang terpantas itu.

    Menurutnya, beliau tidak mahu anak-anak penduduk luar bandar terpaksa memanjat pokok semata-mata untuk mendapatkan liputan internet, atau peneroka terpaksa pergi ke menara telekomunikasi berdekatan untuk dapatkan liputan.

    Masyarakat luar bandar wajib diberi kesamarataan dalam mendapat liputan 5G, meskipun pemasangan 5G kini sudah pun mencapai 64 peratus di kawasan berpenduduk tinggi.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: BERNAMA

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured