More

    Zeekr 009 dan Zeekr X rasmi di Malaysia, pecutan 0-100km/j dalam 4.5 saat bermula RM155,800

    Jenama EV premium Geely, Zeekr, secara rasmi telah melancarkan dua model elektrik baharu di Malaysia dengan MPV mewah Zeekr 009 dan SUV crossover kompak Zeekr X. Kedua-dua model ini direka untuk bersaing dalam kategori kenderaan premium masing-masing dengan Zeekr 009 menyaingi Toyota Alphard dan Zeekr X mencabar model seperti Smart #3.

    Zeekr 009 hadir dengan dua varian yang masing-masing dilengkapi motor berkembar yang menghasilkan 450kW (603hp) dan tork 693Nm membolehkan pecutan 0-100km/j dalam 4.5 saat. Dengan bateri 116kWh, MPV ini menawarkan jarak perjalanan sehingga 582km (WLTP) dan menyokong pengecasan pantas DC 150kW yang boleh mengecas 10-80% dalam masa 30 minit.

    Ruang dalaman menawarkan 7 tempat duduk (2-2-3) atau 6 (2-2-2) dengan kerusi Sofaro kelas pertama yang dilengkapi fungsi ventilasi, urut dan memori. Sorotan lain termasuk skrin OLED infotainmen 15.05 inci, paparan bumbung 17 inci dan sistem bunyi 30-pembesar suara Yamaha. Pilihan warna termasuk Phantom Black, Electric Blue dan Crystal White Pearl manakala bahagian dalaman hadir dalam kombinasi Black, Stone Grey atau Midnight Blue.

    Zeekr X pula hadir dalam dua varian iaitu AWD Flagship dengan motor berkembar (422hp, 543Nm) yang mencapai 0-100km/j dalam 3.8 saat dan RWD Premium dengan motor tunggal (268hp, 343Nm) yang memerlukan 5.6 saat. Kedua-dua varian menggunakan bateri 66kWh dengan jarak perjalanan sehingga 440km serta menyokong pengecasan pantas DC 150kW.

    Daripada segi keselamatan, Zeekr X menerima penarafan 5 bintang Euro NCAP, dilengkapi tujuh beg udara dan pelbagai ciri ADAS seperti kawalan pelayaran adaptif, pertukaran lorong automatik dan bantuan parkir. Warna luaran termasuk Crystal White, Mist Grey, dan Pine Green manakala dalaman hadir dalam Charcoal Black atau Stone Grey.

    Harga bermula RM349,800 untuk Zeekr 009 Luxury (7 tempat duduk) dan RM359,800 untuk Ultra-Luxury (6 tempat duduk). Zeekr X pula ditawarkan pada harga RM155,800 (Premium RWD) dan RM172,800 (Flagship AWD).

    Setiap pembelian disertakan pengecas rumah Zeekr Wallbox percuma, pengecas mudah alih dan filem solar bersama waranti kenderaan 5 tahun/150,000km dan waranti bateri 8 tahun/160,000km. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan salah satu EV daripada Zeekr ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Google hentikan khidmat Google Assistant mulai 4 September ini

    Google mengumumkan penamatan perkhidmatan Google Assistant pada peranti mudah alih dan peranti boleh pakai bermula 4 September 2026. Mereka telah mula menghantar...

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured