More

    Zenfone 12 Ultra bakal masuk ke pasaran global pada 6 Januari ini

    ASUS melancarkan Zenfone 11 Ultra pada Mac tahun lalu dan kini, jenama tersebut telah mengesahkan tarikh pelancaran model penggantinya dengan Zenfone 12 Ultra. Peranti ini akan dilancarkan pada 6 Februari, jam 14:30 (GMT+8) iaitu sebulan lebih awal berbanding pendahulunya.

    Dalam pengacah rasmi, ASUS menyatakan bahawa “Zenfone 12 Ultra unlocks the power of AI” dengan memberi fokus kepada peningkatan teknologi fotografi. Peranti ini dijangka menampilkan kemampuan rakaman video 4K dan ciri fokus penjejakan video yang baru. Tambahan, ASUS memberi bayangan tentang peningkatan kualiti imej secara keseluruhan dan pelbagai ciri baharu.

    ASUS mula meninggalkan reka bentuk kompak siri Zenfone sejak tahun lalu dan kini beralih kepada peranti yang lebih besar serta dilengkapi dengan ciri yang lebih canggih. Walaupun maklumat terperinci tentang Zenfone 12 Ultra masih belum didedahkan, ASUS dijangka akan berkongsi lebih banyak pengacah menjelang pelancaran.

    Sebagai perbandingan, Zenfone 11 Ultra sebelum ini merupakan versi yang hampir sama dengan ROG Phone 8 yang membayangkan bahawa Zenfone 12 Ultra mungkin akan berkongsi banyak persamaan dengan ROG Phone 9. ROG Phone 9 dilengkapi cip Snapdragon 8 Elite, RAM sehingga 24GB dan storan besar 1TB.

    Namun, sama ada spesifikasi ini akan diterapkan pada Zenfone 12 Ultra masih menjadi persoalan dan ketersediaannya di pasaran tertentu. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Zenfone 12 Ultra dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: X ASUS

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...