More

    ZTE Axon 30 bakal dilancar di Malaysia: Dilengkapi SD 870G, AMOLED 6.92″ dan kamera 64MP

    ZTE Corporation akan melancarkan ZTE Axon 30 di Malaysia pada Disember ini. ZTE membawa kualiti kamera dan prestasi paparan dalam enam teknologi teras iaitu matriks piksel khas, litar pemacu unik, cip paparan bebas, kamera hadapan, algoritma swafoto dalaman dan kamera piksel besar bersamaan 2.24um sensitif cahaya 4-dalam-1 yang lebih besar.

    Skrin kamera bawah paparan yang digunakan adalah yang pertama di seluruh dunia dengan ketumpatan piksel tinggi 400 PPI. Ia dilengkapi dengan cip paparan bebas yang menjadikan paparan lebih tepat manakala 7 lapisan bahan lutsinar, 3 teknologi pemprosesan khas dan kamera piksel besar setara 4-dalam-1 2.24um menjadikan kawasan kamera bawah paparan mendapat penggunaan cahaya yang sangat baik.

    ZTE Axon 30 membawa paparan AMOLED 6.92 inci dengan kadar penyegaran semula 120Hz, kadar pensampelan sentuhan 360Hz dan nisbah skrin gred pawagam 20.5:9 yang digabungkan dengan teknologi audio 3D Ultra DTS:X. Gamut warna DCI-P3 yang menyokong kedalaman warna 10-bit dan 1.07 bilion warna dengan sistem sinaran cahaya biru dan sokongan pemalapan DC yang baik telah mendapat pensijilan perlindungan mata TUV, SGS dan UL.

    Ia menggunakan cipset Qualcomm Snapdragon 870G dengan reka bentuk okta-teras “1+3+4” dan frekuensi teras maksimum 3.2GHz. ZTE Axon 30 menampilkan antena super 5G 3.1 yang dilengkapi dengan sistem antena “anti-kunci” dan antena dwi-Wi-Fi meningkatkan keupayaan penghantaran isyarat 100%.

    Ia hadir dalam warna hitam dan Aqua dan dilengkapi bateri berkapasiti 4,200mAh dengan sokongan pengecasan pantas 55W dan sistem penyejukan tiga kali ganda. Ketebalan peranti 7.8mm, berat 189g dengan bezel nipis, badan belakang diperbuat daripada polimer komposit 3D dengan tekstur kilauan aras nano bersama kamera belakang yang menampilkan reka bentuk LABEL ikonik. 

    Empat kamera AI peranti iaitu kamera utama 64MP, kamera sudut lebar 120 darjah, lensa makro 3cm dan lensa kedalaman menyokong penangkapan serentak berbilang kamera serta membantu Super Night Mode melalui algoritma AI untuk tangkapan malam yang jelas.

    Pelbagai filter klasik yang digunakan menyokong filter 3D Lut membolehkan anda memilih satu warna dalam imej dengan tawaran pilihan mengikut kesesuaian anda. Vlog video pendek telefon menyokong zum Hitchcock, kesan fokus tarik, main balik pantas (fast playback) binaan-dalam, gerakan perlahan dan undur.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...