More

    ZTE Axon 30 bakal jadi telefon Android pertama dengan RAM 20GB

    Kemas kini yang dikeluarkan oleh ZTE pada hari Jumaat lalu meningkatkan jumlah RAM yang terdapat pada ZTE Axon 30 daripada 12GB kepada 20GB. Teknologi ini menggunakan sebahagian ROM yang tidak berfungsi untuk ditukarkan kepada operasi RAM. RAM 8GB maya ditambahkan ke memori LPDDR5 12GB yang sedia ada menjadikan Axon 30 telefon Android pertama yang mempunyai 20GB RAM.

    ZTE Axon 30 didatangkan dengan cipset Snapdragon 870 7nm, RAM 20GB, storan 256GB, paparan OLED 6.92 inci dengan resolusi FHD+ 1080 x 2460 dan menyokong sehingga kadar segar semula 120Hz serta mempunyai nisbah aspek 20.5:9.

    Pada bahagian belakang peranti ini terdapat kamera utama 64MP dengan 8MP ultra-lebar (119 darjah), sensor 5MP makro dan kedalaman 2MP. Bahagian hadapan pula mempunyai kamera swafoto 16MP dan pengimbas cap jari yang diletakkan di sebalik skrin. Peranti ini dikuasakan oleh bateri 4200mAh dengan pengecasan pantas 55W serta Android 11 dengan MyOS11 tersedia.

    Adakah anda berminat dengan kemaskini terbaharu ZTE Axon 30 ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: PhoneArena

     

    Artikel Terkini

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Xbox Project Helix bakal sokong “game” lama menerusi sistem emulator rasmi

    Satu memo dalaman Microsoft yang ditiriskan mendedahkan bahawa mereka sedang membangunkan emulator rasmi untuk menyokong permainan rentas platform. Pembangunan ini bertujuan membolehkan...

    Amazon Prime Video jadi aplikasi strim pertama sokong HDR10+ ADVANCED

    Samsung Electronics mengumumkan bahawa Prime Video menjadi perkhidmatan penstriman pertama yang menawarkan standard paparan HDR10+ ADVANCED secara global bermula Ogos 2026. Ciri...

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured