More

    ZTE Axon 30 Ultra Aerospace dan Voyage 20 Pro 5G dilancar: AMOLED 90Hz, storan 1TB bermula ~RM1,460

    Semalam, ZTE telah menganjurkan acara pelancaran produk bertemakan angkasa lepas di China dan syarikat itu telah melancarkan dua produk iaitu ZTE Voyage 20 Pro 5G dan ZTE Axon 30 Ultra Aerospace Edition 5G.

    ZTE Voyage 20 5G adalah sebuah telefon kelas pertengahan yang dilengkapi cipset MediaTek Dimensity 720, skrin AMOLED Full HD+ 90Hz berukuran 6.67 inci, bateri 5,100mAh, pengecasan pantas 66W, perisian MyOS11 berdasarkan Android 11, RAM 8GB, storan 256GB dan kamera utama 64MP + kamera ultra-lebar 8MP + kamera makro 5MP + kamera swafoto 16MP.

    Ia akan ditawarkan dalam dua warna iaitu Cyan Ink dan Dawn. Harganya bermula daripada CNY2,198 (RM1,460) dan akan dijual bermula 4 Disember 2021 di China sahaja.

    Sementara itu, ZTE Axon 30 Ultra 5G Aerospace Edition pula adalah Axon 30 Ultra edisi khas yang mempunyai pakej bertemakan angkasa lepas, manakala telefonnya pula mempunyai rekaan warna hitam dan sudahan emas pada bonggol kamera. Satu ciri yang menarik adalah pada RAM 18GB dan storan dalaman besar 1TB.

    Telefon ini turut disertakan dengan bekas (case) gentian karbon, fon telinga ZTE TWS, kabel USB-C dan pengecas 65W. Ia dijual pada harga CNY6,998 (~RM4,645) di China bermula 26 November 2021.

    Setakat ini masih tiada maklumat tentang keberadaannya di Malaysia. Jika anda berminat dengan telefon ini, ZTE Axon 30 Ultra 5G telah dilancar di Malaysia pada Ogos lalu dengan harga RM3,599.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: GSMArena

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured