More

    ZTE Blade A52 dan Blade A72 dilancar di Malaysia, telefon peringkat permulaan bermula RM399

    Hari ini, ZTE Malaysia telah melancarkan ZTE Blade A52 dan Blade A72 yang merupakan peranti baharu dalam pasaran Malaysia. Bermula dengan ZTE Blade A52, ia menampilkan paparan IPS 6.52 inci dan bateri berkapasiti 5,000mAh.

    Memandangkan ia adalah peranti peringkat permulaan, ia hanya dikuasakan oleh cipset Unisoc teras-okta, RAM 2GB dan ROM 64GB. Ia menggunakan sistem operasi Android 11 dan mempunyai fungsi NFC di mana anda boleh menggunakan kad TnG NFC baharu. Terdapat juga tiga kamera belakang 13MP + 2MP + 2MP.

    ZTE Blade A72 menggunakan cipset Unisoc teras-okta yang sama, RAM 3GB dan storan UFS 2.2 64GB. Ia juga mempunyai RAM maya 2GB dan paparan HD+ 6.7 inci yang menyokong kadar penyegaran 90Hz dan bateri berkapasiti 6,000mAh dengan pengecasan pantas 22.5W.

    Bahagian hadapan dilengkapi kamera swafoto 5MP dan bahagian belakangnya mempunyai tiga kamera belakang terdiri daripada kamera makro 13MP (utama) + kamera makro 4cm + sensor kedalaman.

    Kedua-dua telefon ini adalah peranti peringkat permulaan dengan masing-masing berharga RM399 dan RM499 serta boleh dimiliki melalui kedai rasmi Shopee dan Lazada. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured