More

    ZTE Blade A52 Lite & A72 5G dilancar di Malaysia: Skrin HD+ 6.52″ dan RAM 4GB bermula RM389

    Baru-baru ini, ZTE telah melancarkan dua telefon pintar dalam siri ZTE Blade iaitu Blade A52 Lite dan Blade A72 5G. ZTE Blade A72 adalah versi lanjutan Blade A72 yang dikemas kini dengan keupayaan 5G untuk kelajuan muat turun dan muat naik yang lebih pantas. 

    ZTE Blade A72 5G juga menyediakan sambungan NFC yang membolehkan pengguna menjalankan sistem pembayaran sentuh. A72 5G menampilkan skrin HD+ 6.52 inci dengan kadar penyegaran 90Hz, RAM 4GB, tambahan RAM 2GB dan storan 128GB.

    Ia mempunyai tri-kamera HD yang terdiri daripada kamera utama 13MP, makro 4cm dan kedalaman 2MP. Sistem tri-kamera ini dibantu AI meliputi pelbagai jarak fokus dan memastikan gambar yang cantik dalam kebanyakan situasi cahaya.

    Seterusnya, terdapat ZTE Blade A52 Lite yang baru dilancarkan pada seminggu lalu. Ia membawa paparan HD+ 6.52 inci dan dipasangkan dengan pemproses okta-teras 1.6GHz untuk prestasi terbaik.

    A52 Lite hadir dengan RAM 2GB dan pilihan storan 32GB serta 64GB. Baterinya berkapasiti 4,000mAh untuk penggunaan sepanjang hari. Ia mempunyai tri-kamera yang terdiri daripada kamera utama 13MP dan sistem AI untuk meningkatkan prestasi fotografi dengan ketara.

    Tambahan pula, ZTE A52 Lite memberi dua pilihan warna iaitu Coral Green dan Metallic Grey. Anda boleh mula membuat pra-tempah bagi ZTE Blade A72 5G pada harga RM799 (RRP: RM849) di Shopee dan Lazada bermula 25 Ogos hingga 28 Ogos ini. Begitu juga, Blade A52 Lite berharga RM389 (RRP: RM409) di kedai rasmi ZTE di Shopee dan Lazada

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...