More

    ZTE Libero Flip dilancar: SD 7 Gen 1, RAM 6GB dan bateri 4,310mAh berharga ~RM2,008

    ZTE dengan kerjasama anak syarikat SoftBank, Y!mobile telah memperkenalkan Libero Flip, telefon 5G lipat menegak sulung mereka berharga 63,000 yen (~RM2,008). Ia dikuasakan oleh cipset Snapdragon 7 Gen 1, RAM 6GB dan storan 128GB bersama-sama dengan skrin dalaman 6.9 inci dan skrin luaran bulat 1.43 inci untuk pelbagai fungsi seperti penggunaan kamera, pengesanan langkah, kemas kini cuaca dan kawalan main balik muzik.

    Peranti ini menawarkan sensor utama 50MP dan lensa kedalaman 2MP dan kamera swafoto 16MP. Tersedia dalam warna emas, putih dan biru, Libero Flip mempunyai reka bentuk yang anggun, berukuran 76mm lebar dan 7.3mm dalam ketebalan apabila dibuka (15.5mm apabila dilipat), seberat 214g serta menampilkan kali habuk dan air IP42.

    Dikuasakan oleh bateri 4,310mAh dengan pengecasan pantas 33W, ia menyokong Wi-Fi 6, Bluetooth 5.2 dan fungsi NFC yang serasi dengan FeliCa sambil menawarkan buka kunci selamat melalui pengimbas cap jari yang dipasang di sisi dan pengecaman muka.

    Selain itu, satu lagi telefon lipat kulit kerang daripada Nubia yang pernah muncul pada pangkalan data IMEI sebagai Nubia Flip 5G dengan nombor model NX724J pada Disember tahun lepas telah menerima pensijilan 3C semalam dengan sokongan pengecasan 33W. Nubia Flip 5G ini boleh menjadi versi penjenamaan semula ZTE Libero Flip.

    Walau bagaimanapun, belum ada pengumuman rasmi mengenai tarikh keluaran Nubia Flip 5G ini. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured