More

    ZTE sahkan Axon 30 dengan kamera bawah skrin telah ditangguhkan, bakal dilancar tidak lama lagi

    Semalam, ZTE telah melancarkan dua peranti dari siri Axon 30 iaitu Axon 30 Pro dan juga Axon 30 Ultra. Dua peranti tersebut adalah telefon kelas andalan terbaru mereka yang hadir dengan spesifikasi yang padu. Namun, kedua-duanya tidak hadir dengan kamera bawah skrin seperti Axon 20 5G tahun lalu. Ramai yang menyatakan ZTE telah melupakan teknologi kamera bawah skrin disebabkan prestasi rendah Axon 20 5G, namun ia bukanlah perkara yang sebenar.

    Presiden ZTE, Ni Fei, memberitahu bahawa Axon 30 akan dilancarkan tidak lama lagi dan ianya hadir dengan kamera swofoto bawah skrin. ZTE menjelaskan bahawa peranti ini telah ditangguhkan akibat kekurangan cip global serta beberapa masalah yang lain.

    Sejak dari bulan Januari lalu, ZTE telah mengacah peranti Axon 30 mereka yang bakal hadir dengan kamera swafoto bawah skrin. Ia akan menjadi pengganti Axon 20 5G dan bakal menggunakan teknologi kamera bawah skrin generasi yang kedua.

    ZTE Axon 30 dijangka akan menggunakan cipset Snapdragon 888, sama seperti model Axon 30 yang lain. Namun, ia tidak mengejutkan jika Axon 30 menggunakan cipset kelas pertengahan, sama seperti yang dilakukan oleh Axon 20 5G tahun lalu.

    Nantikan berita lanjut mengenai hal ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber : Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    Selepas 7 tahun menghilang, vivo S2 kini dilancarkan dengan bateri 7,050mAh dan IP69

    vivo melancarkan telefon pintar terbaharunya iaitu vivo S2 selepas siri berkenaan tidak mengeluarkan model baharu hampir tujuh tahun. Peranti kelas pertengahan ini...

    U Mobile kini raja telco Malaysia? Gondol 8 anugerah dalam laporan terbaharu

    Opensignal secara rasmi mengeluarkan Laporan Pengalaman Rangkaian Mudah Alih Malaysia bagi Julai 2026 berdasarkan data yang dikumpul bermula 1 April hingga 29...

    BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro diperkenal di Malaysia dengan bateri 108.7kWh, jarak...

    BMW Malaysia secara rasmi memperkenalkan BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro baharu iaitu model pengeluaran pertama dalam barisan Neue Klasse untuk...

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured