More

    ZTE V2020 5G dilancar: Dimensity 800, empat kamera 48MP, skrin 6.53 inci berharga ~RM870

    ZTE telah melancarkan telefon pintar kelas pertengahan yang baru di China bernama ZTE V2020 5G, berlainan dengan ZTE V2020 yang dilancar pada bulan Ogos. Telefon tersebut dilengkapi cipset Dimensity 800 yang menyokong rangkaian 5G serta skrin dan bateri yang agak besar.

    Skrin V2020 adalah jenis IPS LCD berukuran 6.53 inci dengan resolusi Full HD+ (2340 x 1080), jurang warna (colour gamut) NTSC 97% dan nisbah skrin-ke-badan sebanyak 90.8%. Ia mempunyai sebuah kamera swafoto 16MP yang berada dalam lubang punch hole di bahagian atas kiri skrin.

    Daripada segi spesifikasi dalaman, ia dilengkapi bateri 4,000mAh, RAM 8GB dan storan 128GB yang boleh dibesarkan. Untuk kamera pula, V2020 mempunyai empat kamera termasuk kamera utama 48MP, kamera ultra-lebar 8MP, kamera makro 20MP dan sensor kedalaman 2MP. Selain itu, ia turut dilengkapi pengimbas cap jari di belakang dan bicu audio 3.5mm.

    ZTE V2020 5G akan mula dijual di China pada 25 Oktober dengan harga CNY1,399 (~RM870) namun masih tiada maklumat tentang keberadaannya di Malaysia. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured