More

    Zyson Kang, rakyat Malaysia cilik menang pertandingan NASA dengan mencipta tandas untuk angkasawan

    Zyson Kang Zy Shun, seorang pelajar sekolah rendah berumur 9 tahun dari Setia Alam, Selangor, telah memberi kebanggaan kepada rakyat Malaysia dengan memenangi tempat pertama dalam pertandingan Lunar Loo Challenge yang dianjurkan oleh Pentadbiran Aeroangkasa dan Aeronautik Amerika Syarikat (NASA). Ciptaan beliau telah menewaskan hampir 900 peserta lain dari seluruh dunia.

    Pelajar SJK(C) Pin Hwa 1 itu memenangi pertandingan tersebut dengan ciptaanya, Spacesuit Lunar Toilet, yang memudahkan angkasawan untuk membuang air sewaktu berada dalam kapal angkasa. Apa yang membuatkan ciptaannya unik adalah ia tidak memerlukan tenaga elektrik atau bateri, hanya menggunakan tenaga kinetik daripada gerakan justeru mengurangkan risiko alat tersebut untuk rosak.

    Alat tersebut menggunakan picagari yang dilekatkan pada kaki angkasawan untuk mengawal tekanan dalam saluran tiub bagi membawa cecair bahan buangan ke dalam kantung hidrogel, untuk menukarkannya menjadi pepejal. Anda boleh lihat pembentangannya di bawah:

    Penasihat beliau, Chong Soo Sheong, mengatakan Zyson telah berusaha selama berbulan-bulan untuk menghasilkan rekaan tersebut. Seorang lagi rakyat Malaysia, Kevin Lim, telah menyertainya dalam kategori dewasa namun tidak berjaya memenanginya. Pertandingan Lunar Loo Challenge telah dianjurkan oleh NASA bagi merancang misi ke bulan pada 2024.

    Tahniah kepada Zyson Kang atas kejayaan anda, semoga anda terus menyumbang kepada negara. Kongsi pendapat anda tentang pencapaian hebat ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: The Star

     

    Artikel Terkini

    Gemini Spark dilancar di Malaysia — Agen AI 24 jam dikuasakan Gemini 3.6 Flash

    Google melancarkan Gemini Spark di Malaysia iaitu sebuah agen AI latar belakang yang berfungsi secara berterusan 24 jam sehari untuk menguruskan tugasan...

    F1 kembali ke Malaysia! Sepang dipilih ganti perlumbaan Bahrain yang dibatalkan

    Litar Antarabangsa Sepang disahkan bakal menjadi tuan rumah perlumbaan Formula 1 pada 4 Oktober ini bagi menggantikan perlumbaan Grand Prix Bahrain yang...

    WhatsApp Web kini lengkap dengan panggilan suara, video dan “call transfer”

    WhatsApp secara rasmi memperkenalkan sokongan panggilan suara dan video terus pada perkhidmatan WhatsApp Web. Pengguna kini boleh membuat serta menerima panggilan secara...

    Philips cipta rekod Malaysia, gosok 49 kemeja sekolah dalam masa sejam

    Philips Domestic Appliances Malaysia melakar sejarah baharu menerusi pengiktirafan Malaysia Book of Records bagi kategori "Kemeja Sekolah Terbanyak Berjaya Digosok dalam Tempoh...

    Nothing dijangka lancarkan jam tangan pintar pertama September ini

    Nothing dilapor bakal melancarkan jam tangan pintar pertama menjelang September ini. Maklumat tertiris mendakwa peranti berkenaan akan ditawarkan pada harga bawah $300...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured