fbpx
More

    Elon Musk: Tesla adalah kenderaan EV dengan kos penyelenggaraan paling murah

    Sebuah analisis data yang diterbitkan oleh Consumer Reports pada Jumaat lalu menyatakan Tesla adalah jenama kenderaan elektrik (EV) yang mempunyai kos penyelenggaraan dan pembaikian yang paling berpatutan dalam tempoh 10 tahun.

    CEO Tesla sendiri, Elon Musk, berkongsi laporan tersebut di Twitter dan menyatakan kos penyelenggaraan Tesla adalah yang paling rendah berbanding jenama-jenama EV pesaing.

    Menurut Consumer Reports, kos penyelenggaraan Tesla dalam tempoh 10 tahun adalah sebanyak USD4,035 (~RM19,290). Ia diikuti oleh Toyota (USD4,900 atau ~RM23,400) dan Lincoln (USD5,040 atau ~RM24,070).

    Dua jenama yang mempunyai kos penyelenggaraan paling mahal adalah Landrover (USD19,250 atau ~RM92,010) dan Porsche (USD14,090 atau ~RM67,340).

    Jika dilihat dalam tempoh lima tahun pula, kos penyelenggaran Tesla adalah sekitar USD580 (~RM2,780), lebih murah berbanding Buick yang memerlukan USD900 (~RM4,310) di tempat kedua.

    Jenama-jenama lain yang turut berada dalam senarai lima jenama EV dengan kos penyelenggaraan paling murah adalah Ford, Chevrolet, Hyundai dan Nissan. Pengarah analisis automotif Consumer Reports, Steven Elek, berkata perbezaan kos penyelenggaraan di antara jenama-jenama EV boleh mencecah ribuan dolar jika dilihat dalam tempoh 10 tahun.

    Beliau juga memberi pendapat bahawa jika anda ingin membeli kenderaan EV mewah, jenama EV Amerika Syarikat menawarkan kos penyelenggaraan yang lebih murah berbanding jenama negara lain. Sebagai contoh, kos penyelenggaraan untuk model Mercedes-Benz dari Jerman adalah lebih tinggi sebanyak dua kali ganda berbanding Lincoln.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Google akan umumkan pelaburan besar di Malaysia dalam masa terdekat

    Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, menyatakan bahawa syarikat teknologi antarabangsa Google akan mengumumkan satu pelaburan...

    Kamera HUAWEI Pura 70 Ultra berjaya dapat markah tertinggi dalam ujian DXOMARK

    DXOMARK telah mengumumkan markah ujian fotografi bagi HUAWEI Pura 70 Ultra. Peranti itu kini menduduki tempat pertama dalam pengimejan dan skor zum...

    CMF mungkin keluarkan telefon pintar mesra bajet dengan nama CMF Phone (1)

    Sub-jenama Nothing, CMF sedang menumpukan segmen pasaran yang mampu milik, selepas melancarkan peranti audio, jam pintar dan pengecas. Baru-baru ini, desas-desus baharu...

    Google Wallet kini sokong transaksi tanpa tunai Kad Maybank

    Penambahan sokongan Maybank untuk Google Wallet sememangnya satu perkembangan yang ketara terutamanya bagi pengguna di Malaysia. Ia memperluaskan kebolehcapaian dan kemudahan pembayaran...

    Dapatkan TV QLED 75 inci Samsung dengan diskaun 50% dan banyak lagi promosi sempena...

    Dalam masa dua hari lagi, Samsung Malaysia akan mengadakan promosi Super Brand Day di Lazada. Untuk mereka yang tidak mengetahuinya, ini adalah...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X