fbpx
More

    Fahmi Fadzil: Jangan sentuh isu 3R sewaktu pilihan raya

    Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil mengingatkan semua pihak supaya tidak memainkan isu kaum, agama dan institusi diraja (race, religion, royalty atau 3R) sepanjang berkempen untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, Selangor.

    Beliau menujukan peringatan tentang hal ini terutamanya untuk para pengguna media sosial. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah diarahkan untuk meningkatkan pemantauan terhadap sebarang hantaran yang menyalahi undang-undang.

    Agensi tersebut tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap sesiapa sahaja yang melanggar undang-undang, terutamanya berkaitan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Beliau berharap rakyat akan mengambil iktibar daripada pelbagai kes yang dibawa ke mahkamah kerana beberapa individu telah mencipta kandungan atau meninggalkan komen-komen bersifat ekstremis.

    Berikutan itu, beliau menasihati semua pihak untuk bersederhana dalam berkempen, gunakan fakta dan elak daripada menyentuh perkara sensitif.

    PRK Kuala Kubu Baharu akan berlangsung pada 11 Mei 2024 yang akan menyaksikan persaingan di antara empat parti iaitu Pakatan Harapan, Perikatan Nasional, Parti Rakyat Malaysia dan Bebas. Ia diadakan susulan daripada kematian ADUN lalu, Lee Kee Hiong, yang meninggal dunia pada 21 Mac 2024 pada usia 58 tahun.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: BERNAMA

     

    Artikel Terkini

    Pengguna Android dan iOS boleh akses ChatGPT tanpa akaun selepas muat turun

    ChatGPT, bot sembang daripada OpenAI telah mengubah dengan ketara cara orang mencari dan melihat enjin carian dengan menyediakan pembantu digital di hujung...

    JPJ beri amaran sewa kenderaan kepada warga asing tanpa lesen

    Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melancarkan operasi untuk mengenal pasti syarikat dan individu yang menyewakan kenderaan kepada warga asing tanpa lesen memandu...

    vivo Y100 5G dalam warna oren akan dilancar untuk pasaran Malaysia

    vivo Malaysia telah memperkenalkan telefon pintar kelas pertengahan vivo Y100 5G pada bulan Februari lalu yang ditawarkan dalam pilihan warna ungu dan...

    PROTON ingin anda teka nama EV pertama mereka untuk peluang menangi RM5,000

    Syarikat automotif tempatan PROTON kini sedang menganjurkan satu pertandingan menarik di mana anda boleh teka dan menyahkod nama untuk model kenderaan elektrik...

    Ulike Air10 dilancar di Malaysia: Peranti IPL singkirkan bulu berharga RM1,699

    Ulike memperkenalkan peranti Intense Pulsed Light (IPL) pertama mereka, Ulike Air10 yang dilengkapi dengan fungsi dwi lampu dan mod SHR yang diinspirasikan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X