WhatsApp sedang menguji ciri baru yang membolehkan pengguna dengan mudah melihat siapa daripada rakan atau kenalan mereka yang baru sahaja ‘online‘. Ciri ini sedang diuji beta untuk pengguna Android dengan versi 2.24.9.14 dan ia menambah satu tab baru yang dipanggil “Baru Saja Online” di atas bahagian yang menunjukkan nama semua kenalan.
Walaupun ciri ini tidak menyediakan senarai online yang lengkap bagi semua kenalan, ia secara berkesan menunjukkan bilangan terhad kenalan yang baru aktif, terutamanya semasa memilih kenalan untuk membuat panggilan. Penambahan ini bertujuan untuk membantu pengguna mengenal pasti siapa yang tersedia untuk bersembang atau membuat panggilan, sama ada untuk perkara penting atau sembang santai.
Selain itu, WhatsApp juga sedang menguji ciri lain yang menggalakkan pengguna untuk berhubung dengan kenalan yang jarang mereka berinteraksi di platform tersebut, memberikan dorongan untuk penyambungan yang lebih baik. Ciri ini dikongsi oleh WABetaInfo, merupakan sebahagian daripada kemas kini versi beta Android 2.24.9.5 dan ia mungkin membantu pengguna untuk kekal berhubung dengan semua kenalan mereka dengan lebih efisyen.
Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.