More

    6 telefon pintar pilihan terbaik untuk fungsi ‘selfie’: Harga bawah RM2,000

    Jika anda seorang pengguna yang sering berswafoto atau selfie, artikel ini mungkin artikel yang bernas untuk anda. Kami akan utarakan enam telefon pintar pilihan yang hadir dengan fungsi swafoto terbaik dari pelbagai jenama!

    Apa pun, perlu diingatkan bahawa ini adalah pilihan dari pandangan kami untuk telefon berharga dibawah RM2,000 sahaja. Pemilihan pula dilakukan dengan hanya sekadar melihat kepada ciri teknologi dan spesifikasi berfokuskan swafoto, serta julat harga yang ditawarkan. Kami tidak mengambil kira spesifikasi lain sebagai kriteria utama dalam kompilasi ini.

    vivo V20 Pro 5G (RM1,899)

    Dengan harga RM1,899, peranti vivo terbaru ini menawarkan spesifikasi yang boleh meracun individu yang gemar berswafoto. Sebenarnya, anda boleh melihat keseluruhan model dalam siri ini iaitu vivo V20 atau vivo V20 SE yang lain. Namun, kami lebih memilih kepada varian tertingginya, vivo V20 Pro 5G.

    vivo V20 Pro 5G menawarkan kamera swafoto 44MP dengan ciri Eye Autofocus untuk swafoto potret yang lebih cantik dan kamera ultra-lebar 8MP dengan medan penglihatan 105°.

    Semak spesifikasi penuh vivo V20 Pro

    Ia bukan sahaja dilaporkan baik dari segi swafoto, tetapi juga dari segi rakaman video menggunakan kamera hadapan dimana ciri autofokusnya mampu fokus kepada anda dengan baik walaupun dalam rakaman video. Antara ciri fotografinya adalah Super Night Selfie, Slo-mo Selfie Video dan 4K Selfie Video.

    realme X3 SuperZoom (RM1,999)

    Telefon ini menjadi bualan hangat di laman TechNave kerana rata-rata tidak bersetuju dengan cipsetnya memandangkan ia menggunakan cipset flagship Qualcomm tahun lepas, Snapdragon 855+. Namun, sebenarnya peranti ini lebih berfokuskan kepada kamera! Kami tidak akan mengulas lanjut kecuali mengenai kamera swafotonya. realme X3 SuperZoom hadir dengan dua kamera swafoto 32 MP f/2.5 26mm (lebar) dan 8 MP f/2.2 105˚ 16mm (ultra lebar).

    Kami tidak berpeluang mengulas lanjut mengenai peranti ini. Namun menurut realme, ia mampu menghasilkan swafoto yang cantik dengan butiran yang jelas bersama lensa utama kamera hadapan dan lensa ultra lebarnya.

    Semak spesifikasi penuh realme X3 SuperZoom

    OPPO Reno4 (RM1,699)

    OPPO dan swafoto berpisah tiada. Begitulah kiranya persepsi pengguna di Malaysia terhadap peranti OPPO. Ianya bukan hal yang buruk kerana sememangnya OPPO sentiasa hadir dengan peranti berfokuskan kamera yang baik termasuklah OPPO Reno4.

    "
    "

    OPPO Reno4 hadir dengan spesifikasi kamera 32MP dan sokongan video 1080P/720P@30fps (tetapan lalai 720P@30fps). Anda pasti pelik melihat dua lubang pada kamera hadapan. Menurut laman web rasmi OPPO Lazada, salah satunya adalah sensor pintar untuk fungsi Smart AirControl (contohnya gerakan jari di udara yang mampu mengawal skrin telefon). Apa pun, kamera swafoto OPPO Reno4 mampu memberi kualiti dan warna gambar yang sangat baik walaupun tanpa lensa ultra lebar.

    Ciri kamera swafoto yang ada pada OPPO Reno4 pilihan kami adalah ciri Ultra Night Selfie dimana ia mampu memberikan swafoto yang baik walaupun pada waktu malam. Salah satu petanda telefon dengan kamera swafoto yang baik adalah kamera hadapannya mampu menghasilkan kualiti gambar waktu malam yang baik.

    Semak spesifikasi penuh OPPO Reno4 disini

    Sebenarnya, jika anda mempunyai ‘poket yang lebih tebal’ dan ingin lebih fokus kepada rakaman video, anda mungkin boleh melihat OPPO Reno4 Pro.

    HUAWEI nova 7 5G (RM1,999)

    Satu lagi telefon dengan ciri swafoto baik pada waktu malam adalah HUAWEI nova 7 5G. Kamera hadapan 32MP telefon ini hadir dengan Super Night Selfie 3.0. Tidak terhenti disitu, anda boleh merakam video sehingga UHD 4K!

    Kami pernah mengulas secara ringkas nova 7 ini. Berdasarkan ulasan, kamera swafotonya mampu menghasilkan gambar yang cerah walaupun pada waktu malam. Pada waktu siang, tiada rungutan yang boleh dilakukan kerana anda sememangnya akan mendapat tona kulit yang baik dengan kamera swafoto ini.

    Semak spesifikasi HUAWEI nova 7 5G disini

    OnePlus Nord 5G (RM1,799)

    Walaupun OnePlus Nord 5G ialah peranti kelas pertengahan dan spesifikasinya yang lain adalah lebih menyerlah, namun kamera swafotonya juga agak baik. Kami pernah mengulas mengenai telefon ini (baca ulasan penuh disini) dan ternyata gambar swafoto yang dihasilkan adalah baik dengan kepekatan warna yang seimbang.

    OnePlus Nord 5G hadir dengan spesifikasi dua kamera swafoto 32 MP f/2.5 (lebar) + 8 MP f/2.5 105˚ (ultra lebar). Tambahan pula, rakaman menggunakan kamera hadapannya menyokong sehingga 4K pada 30fps!

    Semak spesifikasi penuh OnePlus Nord disini

    Siri Xiaomi Mi 10T 5G (Bermula RM1,699)

    Walaupun ini telefon terakhir pilihan kami, tetapi ia bukanlah hadir dengan spesifikasi kamera swafoto paling minimal. Urutan dalam pilihan kami tidak membawa apa-apa makna. Siri Xiaomi Mi 10T 5G ialah telefon yang agak popular dan baru sahaja dilancar beberapa minggu lepas. Selain spesifikasi lainnya yang baik, ia turut hadir dengan kamera swafoto 20MP.

    Mungkin jumlah MP telefon ini tidak setinggi kamera lain dilengkapi sensor 32MP dan ke atas, tetapi kami sangat berpuas hati dengan hasil kamera hadapannya. Kami merasakan kualiti swafoto cantiknya adalah kerana dot paparan yang terkecil (menurut Xiaomi, diameternya hanya 3.8mm). Anda boleh melihat sendiri tahap kepekatan warna dan butiran yang cantik pada gambar swafoto.

    Semak spesifikasi siri Xiaomi Mi 10T disini

    Apa pun, jika anda inginkan kamera utama yang lebih baik, anda boleh memilih Xiaomi Mi 10T Pro 5G dengan spesifikasi kamera swafoto yang sama (tidak penting kelebihan ini jika anda memfokuskan kepada swafoto). Jadi, terpulang kepada anda.

    Kesimpulannya, kamera swafoto yang baik bukan hanya terletak pada jumlah Megapiksel (MP) yang tinggi semata-mata. Lebih tinggi jumlah MP, sememangnya lebih baik, tetapi anda perlu juga memfokuskan kepada ciri sokongan kamera contohnya mod malam untuk swafoto, sokongan resolusi video untuk kamera hadapan dan sebagainya. Kami hanya mengulas seringkas yang mungkin dan berharap agar dapat membantu anda.

    Selebihnya, terpulang kepada anda sendiri untuk memilihnya. Sekali lagi diingatkan bahawa pilihan ini adalah dibawah RM2,000 dan berfokuskan kepada swafoto. Anda mungkin ada pilihan yang tersendiri? Kongsikan bersama kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...