More

    80% pengguna wanita aplikasi ‘dating online’ di Malaysia sokong untuk periksa telefon lelaki

    Ingin mengetahui apa yang difikirkan oleh kaum wanita? Terkini, aplikasi temujanji dalam talian SweetRing telah melakukan kaji selidik berdasarkan beberapa aspek dan menemui hasilnya. Hasilnya termasuklah 80% daripada pengguna wanita di Malaysia yang menyertai kaji selidik ini menyokong untuk memeriksa telefon pintar teman lelaki mereka (kami tidak terlalu terkejut).

    Turut terhasil sebagai dapatan kaji selidik ini adalah 50% daripada pengguna golongan wanita telah memeriksa telefon pintar bekas teman lelaki mereka. Bukan itu sahaja, golongan wanita juga didapati memaafkan kecurangan lelaki kali pertama apabila diketahui, tetapi memutuskan perhubungan pada kali kedua kejadian curang.

    Untuk kaji selidik bagi golongan pengguna lelaki di Malaysia pula, 78% daripada mereka sudah terbiasa dengan gelaran buaya darat walaupun mereka percaya bahawa curang adalah tidak perlu dan sudah cukup bermakna jika ada seorang teman wanita. Oleh kerana 80% pengguna golongan wanita dilaporkan menyokong untuk memeriksa telefon pintar teman lelaki, 93% pengguna golongan lelaki merasakan bahawa pemeriksaan tersebut tidak perlu. Namun, teman wanita mereka boleh memeriksanya pada bila-bila masa kerana tiada apa untuk disembunyikan.

    Apa yang menariknya, kaji selidik ini turut mendapat hasil tentang 74% pengguna lelaki akan terus memutuskan hubungan dan tak akan bertemu lagi setelah mengetahui kekasihnya curang. Berbeza dengan 57% pengguna golongan wanita yang akan memaafkan kekasih jika kecurangan tersebut adalah kali pertama dan akan memutuskan hubungan jika ianya berlaku sekali lagi.

    Hasil kaji selidik ini bagaimanapun hanya disertai oleh 600 pengguna aplikasi SweetRing di Malaysia. Pada musim PKP ini, kami telah menyenaraikan cara untuk kekal berhubung dengan kekasih anda! Apa pun, anda tidak boleh memukul rata hanya berdasarkan sebuah kaji selidik. Namun, adakah anda turut bersetuju dengan mana-mana hasil kaji selidik di atas? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: orientaldaily

     

    Artikel Terkini

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé EV rasmi di Malaysia dengan 1,169hp, cas pantas 350kW

    Mercedes-Benz Malaysia melancarkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé dan memberi pratonton awal Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé di Kuala Lumpur bersempena...

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured