More

    CelcomDigi, Maxis dan U Mobile buka tempahan untuk siri iPhone 15 pada 22 September ini

    iPhone 15 dan iPhone 15 Pro akan datang ke Malaysia pada akhir bulan ini. Jika anda lebih gemar membeli dengan kontrak pelan pascabayar syarikat telekomunikasi, anda boleh membuat tempahan melalui CelcomDigi, Maxis dan U Mobile mulai 22 September ini.

    Membeli iPhone dalam kontrak membolehkan anda menikmati penjimatan tambahan daripada subsidi kontrak syarikat telekomunikasi jika tidak kesah dengan komited kepada pelan pascabayar jangka panjang.

    CelcomDigi yang baru digabungkan telah mengacah bahawa tempahan akan bermula pada 22 September 2023. Anda boleh membuat tempahan dalam talian di Kedai Dalam Talian Celcom atau di Digi Store Online. Maxis juga menawarkan tempahan iPhone 15 dan iPhone 15 Pro di kedai dalam talian mereka dan panduan tentang cara untuk menempah telah disediakan.

    Maxis menawarkan bayaran ansuran bulanan selama 24 atau 36 bulan dengan faedah 0% melalui program Maxis Zerolution. Selain itu, Maxis juga menawarkan program tukar beli dengan CompAsia dan mereka memberikan hadiah bernilai lebih RM12,000.

    U Mobile juga telah mengacah di laman rasmi mereka dengan menawarkan tempahan untuk iPhone 15 dan iPhone 15 Pro pada 22 September. Walau bagaimanapun, tiada butiran mengenai tempat dan cara penempahan.

    Beritahu kami di Facebook jika anda akan menempah salah satu model dalam siri iPhone 15 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...