More

    Nothing Phone (2a) Special Edition bawa reka bentuk baharu, mula dijual di Malaysia pada 7 Jun ini

    Nothing telah mengumumkan Phone (2a) Special Edition dengan reka bentuk tersendiri sebagai peranti kelas pertengahan. Model baharu ini menampilkan jalur warna unik yang menyerlahkan warna utama iaitu merah, kuning dan biru untuk mencerminkan falsafah reka bentuk syarikat untuk menyaring elemen kepada bentuk asas namun cantik.

    Ini menandakan kali pertama di mana ketiga-tiga warna digabungkan pada satu perkakasan Nothing, melambangkan pencapaian baharu dalam perjalanan reka bentuk jenama tersebut. Pengarah Reka Bentuk di Nothing, Adam Bates meluahkan rasa bangganya terhadap estetikPhone (2a) Special Edition untuk mencipta sambil mencipta kenyataan visual yang segar untuk telefon pintar.

    Peranti ini dibina berdasarkan ciri-ciri Phone (2a) asal termasuk cipset MediaTek Dimensity 7200 Pro, Nothing OS, paparan AMOLED 6.7 inci dan bateri 5,000 mAh. Perkakasan dan antara muka Glyph menunjukkan pendekatan reka bentuk unik Nothing manakala dwi-kamera belakang 50MP mendapat manfaat daripada pengoptimuman perisian yang meluas yang meningkatkan prestasinya.

    Sejak dilancarkan, Phone (2a) telah menjana keterujaan pasaran yang ketara, mencapai jualan pesat dan menerima 13 kemas kini perisian untuk meningkatkan fungsi kamera. Peranti ini juga menampilkan integrasi ChatGPT yang mengutamakan industri, mempertingkat interaksi pengguna dengan widget baharu dan akses kepada Pratonton Pembangun Android 15.

    Phone (2a) Special Edition tersedia dalam varian 12GB+256GB dan akan dikeluarkan dalam kuantiti terhad pada 7 Jun ini pada harga RM1,699 secara eksklusif melalui dalam talian Crossover di Malaysia. Beritahu pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured