More

    Pengeluaran produk Apple: Daripada ‘Made in China’ kepada ‘Made in India’

    Sumber terkini melaporkan Apple sedang merancang untuk memindahkan beberapa peratus daripada produksi pengeluarannya ke India. Berita ini timbul berikutan laporan mengenai perbincangan di antara barisan eksekutif Apple dan pihak kerajaan India untuk melihat peluang yang ada untuk pemindahan produksi Apple yang sebelum ini bertempat di China.

    Menurut laporan sumber, Apple tidak merancang untuk membuka pasaran produksi besar di India. Syarikat tersebut hanya menginginkan India sebagai tapak perkilangan baharu untuk aktiviti eksport, menambah produksi di luar China. Berkemungkinan, sebanyak 20% daripada sektor pengeluaran di China akan dipindahkan ke India.

    Terdahulu, terdapat unit iPhone XR telah dihasilkan oleh syarikat pengeluaran di India, Foxconn. Terdapat juga iPhone SE generasi pertama, iPhone 6S dan iPhone 7 yang pernah dihasilkan di India melalui Winstron, namun telah diberhentikan pengeluarannya.

    Kami menjangkakan Apple mungkin memerlukan keputusan sebegini memandangkan industri teknologi di India makin berkembang dengan pesat atau mungkinkah sebagai langkah penyesuaian berikutan pandemik yang melanda? Beritahu pendapat anda di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured