More

    Infinix x BMW lancarkan siri Note 40 5G Racing Edition secara rasmi di Malaysia, bermula RM1,098

    Infinix Malaysia hari ini mengumumkan kerjasama dengan BMW Designworks untuk melancarkan siri NOTE 40 bertemakan Wings of Speed yang terdiri daripada NOTE 40 5G dan NOTE 40 Pro 5G. Setiap pembelian untuk kedua-dua model akan menerima MagPower Racing Edition dan stok adalah terhad.

    BMW Group Designworks mereka bentuk panel belakang dan memilih bahan binaan serta jenis kemasan yang digunakan pada siri Note 40 Racing Edition. Tiada perubahan dalam spesifikasi kerana Racing Edition hanyalah peranti yang sama seperti yang dilancarkan sebelum ini.

    Ciri-ciri seperti All-Round FastCharge 2.0, cip Cheetah X1, pengecasan pantas 100W Multi-Speed ​​FastCharge serta pengecasan seperti MagSafe yang MagCharge turut dikekalkan. Selain itu, ekosistem Infinix MagKit termasuk pelindung MagCase, pengecas wayarles MagPad dan bank kuasa MagPower turut hadir dengan reka bentuk baharu selaras dengan tema Racing Edition.

    Reka bentuk belakang peranti menggunakan kaedah cetakan UV dengan elemen tiga warna ikonik BMW dan mempunyai unsur beralun tambahan untuk cengkaman tambahan. Infinix juga menyediakan kertas dinding, tema dan nada dering bertema trek lumba kereta.

    Infinix Note 40 5G Racing Edition menampilkan skrin AMOLED FHD+ 6.78 inci dengan kadar penyegaran 120Hz, cipset Dimensity 7020 dan menjalankan XOS 14 berdasarkan Android 14. Baterinya berkapasiti 5,000mAh dengan pengecasan 33W. Kamera utama 108MP + 2MP + 2MP dan kamera swafoto 32MP.

    Infinix Note 40 5G Racing Edition menawarkan storan 12/512GB berharga RM1,299 manakala Note 40 Pro 5G Racing Edition menawarkan storan 8/256GB berharga RM1,098. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan siri Infinix NOTE 40 5G edisi BMW dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured