More

    iQOO Z9 Lite 5G dilancar: Dimensity 6300, skrin 90Hz, bateri 5,000mAh berharga ~RM590

    vivo telah melancarkan sebuah telefon kelas pertengahan untuk jenama iQOO di India iaitu iQOO Z9 Lite 5G. Ia merupakan sebuah telefon yang dilengkapi cipset MediaTek Dimensity 6300 dan dijenamakan semula daripada vivo T3 Lite dan vivo Y28s.

    Skrinnya mempunyai panel LCD berukuran 6.56 inci dengan resolusi HD+ sahaja dan kadar segar semula 90Hz. Spesifikasi dalamannya pula terdiri daripada RAM 4GB/6GB, storan dalaman 128GB, bateri 5,000mAh dan pengecasan pantas 15W. Sistem operasinya pula adalah Android 14 dengan antara muka FunTouch OS 14.

    Kameranya pula terdiri daripada kamera utama 50MP, sensor kedalaman 2MP dan kamera hadapan 8MP dengan takuk titisan air (waterdrop notch) di bahagian atas skrin. Pilihan warnanya terdiri daripada biru Aqua Flow dan coklat Mocha Brown.

    Di India, iQOO Z9 Lite akan dijual pada harga bermula INR10,499 (~RM590) untuk varian 4GB+128GB. Setakat ini masih tiada maklumat mengenai keberadaannya di Malaysia, namun kita sudah pun menerima iQOO Z9 5G yang dilancar pada bulan Mei lalu dan dijual pada harga RM999.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: iQOO

     

    Artikel Terkini

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Xbox Project Helix bakal sokong “game” lama menerusi sistem emulator rasmi

    Satu memo dalaman Microsoft yang ditiriskan mendedahkan bahawa mereka sedang membangunkan emulator rasmi untuk menyokong permainan rentas platform. Pembangunan ini bertujuan membolehkan...

    Amazon Prime Video jadi aplikasi strim pertama sokong HDR10+ ADVANCED

    Samsung Electronics mengumumkan bahawa Prime Video menjadi perkhidmatan penstriman pertama yang menawarkan standard paparan HDR10+ ADVANCED secara global bermula Ogos 2026. Ciri...

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured