More

    Samsung lancarkan Galaxy Z Flip6 edisi khas Doraemon, berharga ~RM6,410

    Buat mereka yang meminati siri animasi popular dari Jepun, Doraemon, anda pasti akan tertarik dengan sebuah edisi khas untuk telefon lipat baharu Samsung Galaxy Z Flip6. Selepas Samsung melancarkan Galaxy Z Flip6 edisi khas bertemakan temasya sukan Olimpik 2024, kini Samsung melancarkan sebuah lagi edisi khas untuk telefon lipat tersebut iaitu Samsung Galaxy Z Flip6 Doraemon Special Edition.

    Produk edisi terhad itu dilancar dalam pameran Doraemon terbesar di dunia yang terletak di Hong Kong. Ia mempunyai fungsi dan spesifikasi yang sama dengan Galaxy Z Flip6 edisi standard, namun perbezaannya boleh dilihat daripada segi luaran di mana ia mempunyai warna biru muda yang sinonim dengan Doraemon, serta sarung Flipsuit khas dan pendiri telefon magnetik (magnetic phone stand).

    Selain itu, telefon ini juga didatangkan dengan kotak khas yang penuh dengan hiasan bertemakan Doraemon. Pelanggan akan turut menerima sebuah patung Doraemon kecil.

    Sewaktu menghidupkan telefon pula, pelanggan akan disambut dengan animasi khas, tema khas Doraemon Galaxy, gambar latar belakang (wallpaper) Doraemon Treasure Pocket, skrin kunci dinamik dan ikon aplikasi yang bertemakan Doraemon.

    Pada masa ini, ia hanya dijual di Hong Kong sebanyak 800 unit sahaja dengan harga HKD10,698 (~RM6,410) dan masih lagi berada dalam fasa pra-tempahan. Setakat ini masih tiada maklumat mengenai keberadaannya di Malaysia.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon unik ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Samsung Hong Kong

     

    Artikel Terkini

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Apple Watch Series 12 diumum dengan cip S11, Ceramic Shield 2 dan cas lebih...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Series 12 yang dikuasakan oleh cip baharu S11. Jam tangan pintar ini membawakan rekaan sistem pengesan...

    Apple perkenal AirPods 5: ANC, IP57 dan kawalan gerak kepala bermula RM599

    Apple secara rasmi melancarkan AirPods 5 untuk pasaran Malaysia. Fon telinga jenis terbuka ini hadir dalam dua varian iaitu model standard dan...

    Apple iPhone Duo turut rasmi dengan skrin lipat 7.6″, cip A20 Pro bermula RM9,499

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone Duo sebagai telefon lipat pertama dalam barisan peranti mereka. Peranti ini hadir dengan reka bentuk boleh lipat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured