More

    Fahmi Fadzil: WhatsApp, Telegram perlu tingkatkan usaha banteras jenayah dalam talian

    Menteri Komunikasi YB Fahmi Fadzil pada hari ini berkata pihak penyedia platform permesejan WhatsApp dan Telegram perlu bertindak lebih peka terhadap sebarang aktiviti jenayah yang giat disebarkan di dalamnya.

    Berdasarkan maklumat yang diterima daripada Bahagian Siasatan Jenayah Seksual Wanita dan Kanak-kanak D11 Bukit Aman, platform WhatsApp sering disalahgunakan bagi pengantunan seksual (sexual grooming), manakala Telegram pula sering menyebarkan mesej daripada penipu (scammer). Beliau menerima banyak aduan berkenaan isu tersebut daripada orang ramai serta orang-orang ternama seperti menteri dan bekas menteri.

    Selain itu, Telegram juga sering diguna untuk menyebarkan bahan-bahan pornografi serta menjual bahan terlarang seperti dadah.

    Pelbagi isu yang melibatkan penyebaran jenayah dalam dua platform tersebut telah mendapat penelitian daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC). Agensi itu akan mengambil tindakan yang wajar bagi memastikan dua aplikasi permesejan popular itu selamat digunakan oleh orang ramai.

    Beliau turut berkata bahawa jika dua platform itu enggan memastikan platform mereka bebas daripada unsur jenayah, kerajaan akan memastikan mereka akur dengan undang-undang dalam negara.

    Kenyataan tersebut dibuat selepas merasmikan pelancaran Sekolah Digital U Mobile di Kuala Lumpur pada hari ini. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: BERNAMA

     

    Artikel Terkini

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Apple Watch Series 12 diumum dengan cip S11, Ceramic Shield 2 dan cas lebih...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Series 12 yang dikuasakan oleh cip baharu S11. Jam tangan pintar ini membawakan rekaan sistem pengesan...

    Apple perkenal AirPods 5: ANC, IP57 dan kawalan gerak kepala bermula RM599

    Apple secara rasmi melancarkan AirPods 5 untuk pasaran Malaysia. Fon telinga jenis terbuka ini hadir dalam dua varian iaitu model standard dan...

    Apple iPhone Duo turut rasmi dengan skrin lipat 7.6″, cip A20 Pro bermula RM9,499

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone Duo sebagai telefon lipat pertama dalam barisan peranti mereka. Peranti ini hadir dengan reka bentuk boleh lipat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured